13 June 2017

# resepi masakan

RESIPI KERABU TAUGE SOO HOON SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni mama nak sharekan resipi kerabu tauge yang cukup simple sekali...macamlah simple sangat mama ni...kalau simple sangat apalah rasanya nanti...bahan nak membuatnya cukup mudah lagi mudah semuanya dah ada dalam stok mama..kalau bulan ramadhan ni memang sedap kalau dapat makan kerabu ni...makan macam tu saja pun dah okay...jomlah kita tengok resipinya di bawah ini...



Bahan-bahannya...
tauge
cili padi
soo hoon(celur sedikit dengan air panas)
hirisan bawang
sos ikan sedikit garam
serbuk perasa
limau kasturi
udang kering
kerisik
ikan bilis (digoreng dahulu kalau suka)

Cara membuatnya cukup simple...
1-Buang ekor tauge masukkan ke dalam bekas...tumbuk udang kering sedikit...
2-Masukkan tauge,hirisan bawang,cili api,soo hoon,sos ikan,udang kering dan gaulkan kesemuanya.
3-Perahkan air limau kasturi kalau suka masam lebihkan air limaunya.
4-Perasakan dengan garam sedikit, serbuk perasa,sedikit gula secukupnya.
5-Gaulkan kesemua bahan dan akhirnya masukkan ikan bilis goreng dan kerisik...kacau-kacaukan serata dan Kerabu tauge ikan bilis siap untuk dihidangkan...
selamat mencuba korang...

p/s selamat berifftar semua...


4 comments:

  1. Masuk puasa ke 18 ni belum lagi ju termakan nasi kerabu.. nmpkresepi sharing ni, rasa nak mkn pula buat menu bbuka

    Bru bksempatan ju singgah blogwalking mlm ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sedap sangat...makan pembuka selera ni..

      Delete
  2. thanks sharing recipe, hehe.. senang juga ya buat kerabu ni

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang jer neeza...simple tu la yg sedapnya...

      Delete