ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni dah hari ke 9 kita semua berpuasa..sekejap jer rasanya...semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan diberkati..okaylah hari ni mama nak share resipi mudah dan simple resipi mama sendiri...menu untuk ifftar hari ini Rendang Ikan Sardin/Sardin....
Bahan-bahannya...
Ikan sardin 1 tin
*cili padi
*bawang merah/besar
*bawang putih
*serai
*kunyit
*halia
kerisik
garam
serbuk perasa
daun kunyit
bahan-bahan bertanda * dikisar kesemuanya
Cara memasak..
1-Asingkan kuah sardin dengan sardin..Kuahnya boleh digunakan nanti.
2-Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi...biarkan sehingga garing..
3-Bila garing masukkan air,kerisik dan kuah sardin tadi (mama tak gunakan santan sebab hubby tak suka) kalau suka santan boleh bubuh santan ke dalamnya..biarkan ianya kering sedikit...Letak garam dan serbuk perasa secukupnya..
4-Akhir sekali masukkan ikan sardin,daun kunyit dan biarkan ikan sardin masak..tunggu kuah kering sedikit dan rendang ikan sardin siap untuk dihidangkan bersama menu yang lain juga...
8 Comments
selamat berbuka
ReplyDeleteaamiin....selamat berbuka...
DeleteTak penah buat lg sardin masak rendang gini. Boleh Cubalah nanti
ReplyDeletecubalah sedap rasanya...
DeleteSelamat berpuasa..
ReplyDeleteaamiin mekacih..
Deletenampak sedap ma..
ReplyDelete- Hernee Nazir -
yer ke...boleh cuba hernee...
DeletePost a Comment