ASSALAMUALAIKUM...

Semalam mama dan dan family dapat satu hari menginap di Lego Hotel ini..hari perasmian bilik bertemakan Ninjago...jadi dapatlah merasa tidur dibilik yang baru diubahsuai kepada tema Ninjago ini..

Sebenarnya bilik ini atas nama anak mama yang bekerja di sini..jadi kiranya ini adalah "testing room" untuk staff legoland merasmikannya dahulu...tujuannya adalah untuk memberitahu apa-apa jua kekurangan yang ada dan perlu ditokok tambah sebelum pelanggan mula menginap di bilik ini...jadi staff sebagai wakil hotel untuk menilaikannya terlebih dahulu..alhamdullilah bilik yang kami diami di dalam keadaan yang baik dan tidur malam tiada gangguan apa-apa cuma mengigil kesejukan kerana air-cond dibuka dengan suhu yang melampau. 


Berbuka pun di dalam bilik saja semalam...bawa bekal sekali untuk berbuka di sini..menu mama semalam hanya nasi lemak saja...lupa pula nak snap gambarnya..selepas Isyak baru kami turun ke lobi bawa budak kecik berdua ni main dengan brick lego...seronok budak kecik berdua ni....puas bermain semalam...sampai akhirnya Darwisy yang mengajak kami semua masuk ke bilik...


Leka sangat Darwisy  main brick lego tu.. alhamdullilah rezeki kami sekeluarga kerana dapat menginap di sini...kalau tak ada anak  yang bekerja di sini memang tak merasalah mama nak duduk hotel mahal macam ni...

p/s pasni kita tengok layout bilik Ninjago ni k...