ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni genap 3tahun arwah abah pergi meninggalkan kami semua...tiada kata yang dapat diucapkan hanya iringan doa dan bacaan surah Yassin buat arwah abah...walaupun tiada kenangan terindah aku bersama abah tapi arwah abah tetap dalam ingatan ku untuk selamanya...


Kata-kata sedih dan terakhir abah padaku tetap akan aku ingat untuk selama-lamanya...sebenarnya pemohonan maaf bukan kata-kata yang ingin aku dengar selama ini dari abah tapi setelah pengakuan jujur abah pada aku jadi jalan terbaik adalah memberikan kemaafanku buat abah...abah memberikan pengakuan bahawa dia amat menyesal sekali kerana menyerahkan aku pada ibu saudaraku tanpa membesarkan aku dengan tangannya sendiri...penyesalan dan kata-kata abah itulah membuatkan hati aku sebagai anak begitu terasa dan tersentuh sekali...

Memang tiada satu memori indah bersama abah yang dapat aku bayangkan...hanya ingatan anak pada abah saja yang bisa ku luahkan...aku tak pernah merasa kasih sayangnya sejak kecil...tiada kata-kata memujuk atau memarahi yang bisa ku dengar darinya....
Kesannya itu bisa ku rasai tapi biarlah ianya menjadi memori buat diri ini...walaupun dulu itulah yang membuatkan diri ini membenci kedua ibubapaku kerana membiarkan aku hidup berjauhan dari keluarga..itulah juga satu kesilapannya membiarkan aku dibesarkan oleh orang lain dan bukan dirinya sendiri...begitu terasa sangat diri ini hidup berjauhan dari keluarga dan adik beradik kandungku...

Dulu hatiku selalu berkata kenapa aku tidak dibesarkan bersama-sama dengan keluarga kandungku sendiri..tika itulah terasa sangat diri ini disisihkan oleh kedua ibubapaku..hidup membesar sendiri bersama orang yang tidak melahirkan aku...tapi aku bersyukur sangat kerana mendapat penjagaan dari insan yang begitu sayang dan menjagaku sehingga aku dewasa...

Walaupun abah sudah tiada sekarang ingatan dan kata-kata terakhirnya padaku akan aku kenang..ingatan terhadapnya masih kekal dalam lubuk sanubariku dan dia akan terus kekal menjadi abah kandungku dunia dan akhirat...ku doakan agar abah akan tenang disana dan akan sentiasa ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman....aamiin...

Al-Fatihah buat arwah
MOHD NOAH BIN ABDULLAH


p/s kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya...