21 June 2017

# info

10 JUTA BEG PLASTIK BOLEH URAI UNTUK PENGGUNA DI JOHOR

ASSALAMUALAIKUM...

10 Juta Beg Plastik Boleh Urai Untuk Pengguna Di Johor
JOHOR BAHRU - Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor (J-Biotech) akan menyediakan 10 juta beg plastik boleh urai untuk pengguna di negeri ini bermula Ogos, bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan beg plastik biasa dan bahan polisterina.
Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech Asman Shah Abdul Rahman berkata beg plastik boleh urai terbabit akan dibekalkan tanpa kos tambahan kepada pengguna menerusi pihak berkuasa tempatan, pasar raya utama dan pengilang di seluruh negeri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama media dan prapelancaran BBJ di sini malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat.
Asman Shah berkata pihaknya turut menyediakan beberapa insentif menarik seperti hadiah dan baucar makanan bagi menggalakkan pengguna mengitar semula barangan di kiosk pengumpulan dan pusat kitar semula yang akan ditubuhkan.
((BERNAMA))


No comments:

Post a Comment