ASSALAMUALAIKUM...
Bila nak masak ayam masak merah ni teringatlah mama kat anak-anak blogger Herneenazir..suka sangat Double Ilham tu dengan menu ayam masak red ni...jadi kerana teringatkan anak-anak Hernee mama namakan menu mama kali ini dengan nama "Ayam Masak Red Double Ilham" yer..jom kita tengok resepinya yer...


Bahan-bahan yang diperlukan...
Ayam
sos tomato
sos cili
rempah 3 sekawan(kulit kayu manis/pelaga/bunga lawang)
sedikit cili kisar
minyak untuk menggoreng
garam
serbuk perasa

Cara-cara memasaknya yang simple..
1- Bersihkan ayam gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam...selepas itu gorengkan ayam itu sehingga kekuningan.
2-Setelah ayam siap angkat dan tepikan. Gunakan minyak gorengan ayam itu untuk membuat sos ayam masak merah ini...kalau banyak minyaknya keluarkan sedikit..
3-Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar sedikit dan rempah 3 sekawan..biarkan cili garing setelah itu masukkan sos tomato dan sos cili...
4-Kacaukan sos tersebut dan tambahkan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5-Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaulkan sehingga sebati kesemuanya..ayam masak merah double Ilham siap untuk dihidangkan bersama lauk pauk yang lain juga dan nasi panas.
Selamat mencuba resepi mama yang simple ini yer kawan-kawan...


Entri Ayam masak Merah