ASSALAMUALAIKUM...
Bila petang Sabtu atau Ahad kalau ada masa memang layankan jer cerita hindustan Naagin ni...kalau mama keluar jenjalan mesti rakam dengan astro PVR jer...bila ada masa boleh buka dan tengok rakamannya semula..petang ni tak ke mana-mana sebab tak sihat jadi dapatlah layan sekejap cerita ni...

Walaupun tahu bila tengok cerita ni mesti ada adegan yang merepek dan merabannya...tapi dek nak cari keseronokkan mama layankan juga..


Mama bagitahu serba sikit jalan cerita drama Naagin ni yer...kisah drama ini adalah berkaitan dengan kisah ular jelmaan...mengisahkan Shivanya adalah seekor ular jelmaan ingin membalas dendam pada pembunuh kedua ibu bapanya.Tujuan Shivanya berkahwin dengan anak lelaki keluarga Ankush Raija adalah ingin membalas dendam dan mencari mustika ular...semasa pembunuhan itu berlaku Shivanya telah melihat 4orang yang telah membunuh ibubapanya dan masih mencari seorang lagi pembunuh yang ke 5 yang masih tidak diketahui siapa gerangannya..membalas dendam sambil mencari mustika ular yang telah dicuri semasa dalam simpanan ibu dan bapanya.

Dalam pencarian pembunuh ibubapanya banyaklah perkara-perkara yang terjadi..Shivanya jatuh cinta dengan suaminya walaupun ada sumpahan dan larangan bahawa ular jelmaan tidak boleh jatuh cinta dengan manusia.Dalam episod tadi Shivanya baru mendapat tahu bahawa pembunuh ke 5 yang dicarinya adalah ibu mentua beliau sendiri dan suaminya adalah anak raja yang menjadi penjaga mustika ular yang sebenarnya.

Kalau nak cerita memang panjang lagi tapi cukuplah sedikit saja yer...kalau nak menonton melalui youtube pun boleh...tapi tak ada sarikata dalam bahasa malaysia...kalau nak tengok kena faham-faham sendiri jer la...



p/s teman hubby tengok bola pula mlm ni...x abis games mesti dah lelap ni...