14 April 2017

# resepi masakan

RESEPI TELUR REBUS BERHERBA

ASSALAMUALAIKUM...
Proses membuat telur rebus berherba...atas permintaan anak mama yang suka sangat makan telur ini...jom kita tengok proses membuatnya di bawah ni...


1-Beli rempah telur teh berherba ini di kedai ubat atau shopping mall...harga sepeket dalam RM 4 rasanya...mama beli rempah ni di Pasaraya Maslee tadi...


2-Basuh telur terlebih dahulu dan rebuskan...bila telur dah masak masukkan ke dalam periuk yang sudah berisi rempah telur teh herba tadi bersama kicap pekat dan garam.


3-Masakkan semula telur tadi sehingga betul-betul menyerap bahan-bahan herba dan warnanya semakin gelap...biarkan telur di dalam periuk tu sehingga herba betul-betul menyerap ke dalam telur tadi..


4-Telur rebus teh berherba siap untuk dimakan...kalau dikopek kulitnya dan dimasukkan semula ke dalam air herba itu telur itu akan terasa lebih sedap lagi...pada kawan-kawan yang suka dan ingin mencuba membuatnya bolehlah melakukannya sendiri di rumah...selamat mencuba yer..

p/s kalau nak lebih gelapkan lg colornya rebus telur kena lama sikit dan tambah kicap pekat...

4 comments:

  1. Perkongsian yng menarik mengenai telur berherba ini mama zul

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah nanti boleh cuba yer..

      Delete