17 April 2017

# sarapan pagi

RESEPI TELUR MATA BERKICAP | SARAPAN BERAT HARI INI

ASSALAMUALAIKUM...
Pagi ini dah tak tahu nak buat sarapan apa...terasa teringin nak makan telur mata goreng berkicap pulak...terus je masak nasi dan goreng telur mata buat masak kicap...makan pula dengan nasi panas memang berselera jer tekak ni...sarapan nasi dengan menu ni buat perut kenyang pagi ni...makan tengahari nanti bolehlah lewatkan sedikit....


Jom kita tengok resepi nak buat telur goreng berkicap ni...menu paling simple dan sedap...

Bahan yang diperlukan...
telur, kicap,
 bawang besar(dihiris)
 cili merah( dihiris)
cili padi,(dihiris)
 garam dan serbuk perasa

Cara memasak...
1-Goreng telur mata dahulu yer...goreng satu persatu ikut berapa suka...tepikan dahulu..
2-Minyak goreng telur tadi tumiskan bahan yang telah dihiris-hiriskan tadi...goreng sampai semua bahan lecur sedikit..
3-Kemudian masukkan kicap, sedikit garam dan serbuk perasa...garam jangan banyak sangat sebab kicap pun sudah ada rasa masinnya...
4-Setelah siap tuangkan kuah kicap ini diatas telur mata yang sudah digoreng tadi...kalau suka taburkan daun bawang atau daun sup..
Senang dan simplekan...menu boleh dimakan dengan nasi panas..
selamat mencuba korang !!

p/s memasak dari hati..



18 comments:

  1. Assalam mama, sepuluh kali telan ailio baca resipi mama, lama giler sy tak makan lauk ni sebab dulu kak long sy yg suka buatkan lauk ni utk kitorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan seri...lauk simple ni la yg sedapnya...

      Delete
  2. Sedapnya. Lauk ni pun da ckup. Xyah lain dah. Hee.

    Terjah dri group fb KSTB. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...x payah menu lain pun dah sedap...

      Delete
  3. Petang ni nak buat la mama..xde idea dah nak masak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat jer izwa...simple mcm ni anak2 mesti suka...

      Delete
  4. assalamualaikum mama.. telur masak kicap ni mmg fav sepanjang masa kannn... walaupun simple tp boleh wat tambah nasi tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam dilah...mmg betul tu...

      Delete
  5. Salam Ma. Lin datang sini baca entri. Sedap ni. favourite Lin!

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. betul tu eda...mmg sedap walaupun simple...

      Delete