21 April 2017

# resepi masakan

RESEPI MEE BANDUNG

ASSALAMUALAIKUM..

Kali ni anak mama pula yang memasak mee bandung ni...selalu mama masak guna pes sendiri jer tapi kali ni anak mama gunakan rempah pes mee bandung Adami ini pula...kalau yang nak cepat bolehlah gunakan pes macam ni tapi kalau mama lebih suka buat pes sendiri saja...Jom korang kita tengok resepinya kali ni yer...


 Bahan-bahan yang diperlukan 
Mee kuning
daging direbus dan dihiris nipis
perencah pes mee bandung
bawang merah hiriskan
gula,garam.serbuk perasa
telur mata/ rebus
dah tepung jagung (dibancuhkan)
untuk hiasan..
tauge,sawi
hiris cili merah,daun bawang /daun sup
bawang goreng

Cara-cara memasaknya...
1-Celurkan mee kuning sekejap...tepikan dahulu...panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang merah sehingga garing...masukkan pes mee bandung adami tadi dan kacaukan sebentar..masukkan air sedikit..
2-Setelah itu masukkan air rebusan daging tadi seberapa banyak yang diperlukan...setelah mendidih masukkan hirisan daging tadi dan bahan-bahan yang lain..letak garam,gula dan serbuk perasa secukupnya..
3-Bila kuah mee bandung dah didih sedikit masukkan bancuhan tepun jagung ke dalamnya..kacau sehingga pekat kuahnya...kepekatannya ikut sendiri..
4-Bila dah siap bolehlah tutup api dah bolehlah dihidangkan...letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan bubuh kuahnya..hiaskan dengan tauge, bawang goreng,cili hiris dan telur rebus...setelah siap bolehlah dihidangkan..
selamat menjamu selera semua...

Entri mee bandung


p/s lebih suka pes buatan sendiri...





3 comments:

  1. mesti mama terrer masak mee bandung ni
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah boleh la mar...

      Delete
  2. terer la tu sebab buat pes sendiri..hehehe

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete