ASSALAMUALAIKUM...

Dah nak dekat bulan puasa ni !! jadi kenalah ganti puasa yang tak dapat dilakukan masa bulan puasa tahun lepas...jadi hari ni mama berpuasa ganti...bila dah berpuasa ni hubbylah yang menolong memasak dan ambil alih ruang dapur mama hari ini...menu untuk mama berbuka puasa hari ini adalah hasil air tangan hubby...jom kita tengok menunya yer...

Bahan-bahan yang diperlukan...
Ikan cencaru
serai
cili kering
bawang merah
bawang putih
belacan
udang kering
daun pisang/daun kunyit
foil
garam
gula 
serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Siang ikan cencaru dan belah belakangnya...tepikan dahulu..
2-Cili kering dipotong dan direndam dulu..hiris serai halus-halus...selepas tu blander halus cili kering, udang kering, serai, bawang merah, bawang putih dan belacan..
3-Tumiskan bahan-bahan kisar tadi ke dalam kuali sehingga garing dan masak..masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya...biarkan sehingga kering sedikit sambal tu..dah kering bolehlah diangkat..
4-Masukkan sambal dibelakang ikan cencaru tadi dan balut dengan daun pisang/kunyit dan foil..bungkuskan sehingga selesai kesemuanya..
5-Akhir sekali bakar ikan sumbat diatas api sederhana sehingga ikan masak..balik-balikkan ikan tersebut supaya tak hangus..
6-Bila sudah siap bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain juga..
okay korang selamat mencuba resepi simple dari mama ni yer...

Entri berkaitan ikan bakar


p/s selamat berbuka semua...