15 March 2017

# diy tanaman # sakit

PERGI KLINIK DAH BALIK PERGI NURSERI PULAK

ASSALAMUALAIKUM..
Hari ni grandma teman hubby ke klinik untuk ambil stok ubat hubby...dah sampai ke klinik hubby pergi ke kaunter ubat mama terus naik ke tingkat atas Klinik Pergigian ni..sebab nak tampal gigi grandma yang dah berlubang ni...sebelum ianya melarat dengan lebih besar lagi baik pergi tampal awal...jenuh jugalah menunggu nak sampai ke turn grandma ni...walaupun nampak tak ramai tapi setiap pesakit itu memerlukan masa yang lama untuk setiap satu treatment yang dilakukan...


Terpaksa jugalah menunggu turn grandma...dah sampai turn jumpa doktor ! bagitahu masalah gigi mama ni...doktor pun membuat tampalan sementara untuk 2 minggu kalau bekas tampalan sementara ni tak sakit boleh datang semula 2 minggu akan datang untuk buat tampalan kekal...baru rasa okay sikit bila dah ditampal ! kalau tidak mesti kerap terasa lidah grandma ni kat tempat gigi yang berlubang tu...


Bila dalam perjalanan menghala balik , hubby terus mengajak mama ke nusery..cadangnya nak survey jer pokok-pokok yang boleh tanam di dalam pasu...tapi tengoklah bukan survey jer tapi beli terus...kebetulan harga tanah dan pokok kat sini lebih murah , tu yang hubby beli terus...beli tanah 3peket rm5 tapi kalau beli rm10 dapat free satu peket...seronoklah hubby dapat free sepeket tanah lagi....


Bila dah beli tanah pokok kena cari juga...akhirnya hubby beli juga anak pokok limau kasturi dan pokok buah kedondong..tokey tu kata pokok buah kedondong ni lagi 4 bulan ianya akan berbuah...wah ! lagi seronoklah hubby mendengarnya...nak tengok juga katanya kalau berbuah nanti alhamdullilah la...dah boleh dapat hasilnya...

p/s mendapat hasilnya akan menjadi satu keseronokan bila berbudi pada tanah ni...

10 comments:

  1. murahnya tanah kat situ.. biasa rm2 tuk 1 peket. tak adanya diorang nak bagi harga camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...murah harganya...

      Delete
  2. wahhh tak lama lagi menuai buah kedondong la mama..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 tu hernee....menuailah kita...

      Delete
  3. Sakit gigi ye mama...mesti dah lega sekarang
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sakit mar...tampal jer...

      Delete
  4. fuhh. rajin betul mama dan pakcik bercucuk tanam.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete