ASSALAMUALAIKUM..
Hubby ajak mama ke pasar Kipmart pagi ni...nak cari sedikit barang basah..terkejut tengok harga ikan sekarang ni..memang mahal sungguh harga sekilo ikan sekarang...sotong dan udang pun sama jugak...harganya kalau tak jejak berbelas-belas ringgit sekilo memang tak sah....
Terjumpa ikan tenggiri ni tadi..murah sikit harganya dan di jual dengan harga rm7 seekor dan kalau kita ambil 3 ekor boleh dapat murah sikit harganya hanya rm20 sahaja...
Isi ikan tenggiri ini lagi mahal harganya...sekilo jer dah rm25...kalau beli 3 keping jer dah cecah harga berbelas-belas ringgit...memang cekik darahkan..sekarang ni semua barang naik harga..Yer la ! kalau nak makan mahal macam mana pun tetap juga kena belikan..
Ikan terubuk pun murah juga...dijual dengan harga rm7 seekor..hubby beli juga seekor ikan terubuk tadi...di atas ni ikan siakap sekilo rm13 sahaja...
bermacam-macam jenis ikan ada dijual di sini...pilih jer la mana-mana ikan yang kita ingini dan nampak segar..
sayur-sayur yang dijual di sini pun nampak masih segar lagi...
6 Comments
harga ikan memang mahal skrg ni..huhuhu
ReplyDeletemamam nanti boleh cari fresh seafood kat area kampung kita kat gelang patah..hehehe
ReplyDelete- Hernee Nazir -
setuju la, mahal giler!
ReplyDeleteaida suka beli ikan tenggiri potong2 tu.
sebab anak2 x brape makan ikan.
3-4 keping da nak capai rm20, mama...
sedih !!!
takde yang murah dah sekaran ni kan mama
ReplyDeletepayah nak cari ikan murah-murah..nak cari yang beul2 segar pun payah ma...hadoiii...
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
betul tu mama, duit sekarang ni macam air je mengalir, barang tak banyak mana pun sekali keluar beratus habis :(
ReplyDeletePost a Comment