21 February 2017

# diy tanaman

DIY PROJEK HARI INI

ASSALAMUALAIKUM...
Pagi ni mama dan hubby bercadang nak tukar tanah tanaman yang ada kat depan rumah mama ni...dah lama sangat pokok-pokok ni tak ditukar tanahnya...dah keras sangat tanahnya jadi proses untuk pokok itu membesar memakan masa yang agak lama..minta-minta bila dah ditukar dengan tanah yang baru nanti pokok-pokok ini akan membesar dengan baiklah hendaknya...



Mula-mula proses menukar tanah pokok jambu air yang hubby tanam di dalam pasu...bila dah di tukar bekas ini nanti dapatlah ianya membesar dengan baik dan akan boleh berbuah nanti.. 


Kedua proses menukar tanah dan pasu untuk pokok buluh hiasan mama ni...nampak sangat tanah pokok ni dah keras...


proses pertukaran pasu dan tanah dilakukan dengan jayanya...


Ketiga proses menukar tanah pokok hiasan ini pula...abaikan kaki hubby tu yer...


Keempat proses pokok pandan pula...trim dan ditanam semula bagi elok untuk tumbesarannya nanti...


Siap juga proses penukaran pokok ini..



Pokok buluh pun dah ada bekas dan tanah baru...semoga pokok ini membesar dengan cantik dan eloklah nanti yer...


Siap sudah proses yang hubby dan mama lakukan pagi tadi..pokok nenas pun mama ada tanam kat dalam pasu...nak tengok boleh berbuah ke tidak buah nenas ini nanti...ada tanam daun sup juga...bila nak guna senang dah ada depan rumah pun...potong sedikit jer bila nak guna...


Pokok cili api pun ada mama tanam di dalam pasu...nampaknya pokok cili ini elok jer ia membesar dengan jayanya..nak tunggu hasilnya nanti...


Tanaman yang sedia ada mama tanam di dalam pasu...rasanya lebih senang memandangkan rumah mama ni tiada kawasan nak bercucuk tanam jadi tanam dalam pasu lebih berbaloi...



semoga pokok-pokok yang mama tanam ini membesar dengan baik dan akan mengeluarkan hasil yang baik nanti...berbudi pada tanah akan dapat balasan dengan hasil yang banyak dan baik...


Pokok kari ini pun membesar dengan jayanya...senang mama bila nak guna petik jer sedikit daunnya..


pokok cili yang disemai di dalam pasu ini pun membesar dengan jayanya...ada beberapa pokok cili yang dapat di tanam di dalam pasu di depan rumah mama ni...nak tunggu hasilnya saja...



3 comments:

  1. Kalau saya, saya lebih suka tanam sayur-sayuran berbanding bunga-bungaan dan pokok hiasan.

    Jom exchange blog link, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
  2. Suka tenguk pelbagai tanaman tu.
    Mudah2an cepat berhasil.

    ReplyDelete
  3. Puas hati kalau dah buat macam itu'
    Tinggal tunggu hasilnya.. kari tu dah boleh guna pun:)

    ReplyDelete