ASSALAMUALAIKUM...
Setiap hari grandma ikuti perjalanan drama cerita "Biar Aku Jadi Penunggu" ini...mula-mula tengok macam tak berapa menarik tetapi bila ikuti episod demi episod jadi makin menarik jalan ceritanya...semakin hari bila tengok drama ni buat hati jadi geram dan sedih jer...geramnya adalah kerana perbuatan Afeef pada isterinya Ifaat dan sedihnya bila Ifaat diperlakukan begitu oleh suaminya sendiri...

Geram sangat dengan watak Asraf Muslim sebagai Afeet Adwan..dah la curang! tinggalkan isterinya tanpa berita selama 4 tahun...tup tup balik bawa anak dan dengan senangnya nak minta maaf macam tu saja siap boleh suruh Ifaat jagakan anak lelaki dia lagi...nasib baik la ! Ifaat seorang isteri yang baik masih boleh menerima semula suami yang curang padanya macam tu jer..



 Bila dah berbaik datang pula kes lain...bekas isteri Afeet si Damia pula datang semula...lagilah buat hati grandma jadi geram...dulu tak sibuk nak jaga anak...bila anak dah besar sibuk pula terhegeh-hegeh konon-konon sayang kat anaknya padahal nak kawin dengan Afeet semula..rasa macam tak berbaloi jer Ifaat jaga anak tirinya tu...dahlah Afeet tak pernah nak faham perasannya...tuduh pula Ifaat dengan cerita yang bukan-bukan...geram grandma tengok watak Damia dan Afeet ni ! kalau Ifaat tu nak curang dari dulu lagi dia dah lakukan..Afeet ni macam tak sedar diri jer ! diri sendiri yang curang masih nak ego dan berlagak lagi. apalah kena peel suami si Ifaat ni ! suka sangat nak salahkan isteri dia jer..terover pula grandma bila tengok cerita drama ni...

Perempuan la katakan ! macam kerak nasi jer..walaupun keras tapi bila dah direndam dengan air akan lembut juga...sekeras-keras dan sejauh mana pun marahnya tetap boleh lagi menerima apa jua kesalahan suaminya..hati telah terluka tapi rasa sayang tu masih tetap lekat di hati...nak tahu juga bagaimana episod last drama ni nanti...apalah yang akan terjadi pada kisah seterusnya kita nantikanlah di minggu hadapan...



p/s kisah kehidupan manusia bermcm ragam...