ASSALAMUALAIKUM...
Anak oh anak ! pantang dengar ada restoren Korea yang baru jer...pasti nak mencuba makan di situ...kali ni anak-anak mama ke Restoren Mr.Dakgalbi di Sutera Mall..makanan Korea berasaskan ayam..gagah menunggu walaupun terpaksa beratur panjang menunggu giliran...restoren ni masih baru dibuka di Johor Baharu..jadi memang masih ramai orang yang datang ingin mencuba makanan di sini...
Sempat posing di depan restoren Mr.Dakgalbi ni...masing-masing menunggu giliran untuk masuk ke dalam restoren ini...
Dah berjaya masuk akhirnya ! dapat tempat duduk di hadapan sekali...tengok la tu masih ramai yang menunggu giliran dan beratur panjang di luar restoren ini...tak sempat nak snap gambar banyak-banyak dalam restoren ini...
Banyak makanan yang ada disediakan di sini...inilah cara mereka menyediakan makanan itu..digoreng bila kita sudah ada bersedia dimeja makan ini...macam goreng mee jer..mee ramyang,campur kuih beras,sayur,isi ayam digoreng sekali..dah siap digoreng makan ketika ianya masih panas...nama makanan ni pun mama tak tahu...just ikut selera anak jer...
Kalau yang peminat tegar makanan Korea pasti suka dengan makanan begini kot...tapi pada mama memang tak boleh nak kenyang perut makan macam ni...selera grandma ni memang tekak orang yang nak makan makanan orang melayu jer...tapi boleh juga la diterima tekak ni walau dimakan hanya sedikit saja..
order la ikut menu yang kita sukai...kalau nak cuba bolehlah ke
Mr.Dakgalbi
L2-31,32 Sutera Mall
(Next to Vivo Pizza)
p/s kalau 5 bintang mama bagi 3 bintang jer...
14 Comments
harga & rasannya macamane?sedap ke?
ReplyDeleteharga boleh tahan la May..kalau amik yg set mahal sikit la harganya...rasa pada mama kurang sedap tapi x tahu la pd yg suka makanan Korea ni..
Deletelama tak try makanan korea
ReplyDeletefae tag akak
https://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-blog-baru.html
Kakcik tak pernah cuba makanan Korea atau Jepun. Tekak kakcik ni memang serasi dengan makanan ala kampung je... :)
ReplyDeletesamalah mama, ana pun tak mahu kenyang dengan menu2 camni nak mencuba tu okay la kan hihi :)
ReplyDeletenampak menarik, pernah try makanan korea kat dubuyo.
ReplyDeletehaha bila tekak melayu ni susah betul nk hadam makanan korea :')
Kakak memula hari itu tengok macam nak singgah tapi abg pulak yg cuak tak jadi kami makan:)
ReplyDeletenmpk mcm sedap..sanggup tu beratur..hehe
ReplyDeletealahai..tak sampai lagi nak makan korean food tu mama
ReplyDeleteramai beratur nak makan
ReplyDeletesedap tak ma?blh try ni..
ReplyDeleteYg beratur tu yg malas.
ReplyDeleteKita tinggalkan kasut aje blh x.
Saya pun x done makanan Korea ni. Tapi lau ada spicy mesti done aje kot.
pedas x? sebab jenis x mkn pedas2
ReplyDeletepedas x? sebab takut x tahan jer nnti.
ReplyDeletePost a Comment