Pada 2 Dis 2016 tempohari mama sekali lagi dijemput untuk hadir ke legoland untuk media event kali ini..Event kali ini adalah untuk pelancaran KL Cluster Miniland yang baru dinaik tarafkan buat semua pengunjung yang datang ke legoland..jom kawan-kawan datanglah ke legoland dan bergembiralah bersama keluarga di Brick-Tacular Holiday Celebration...terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan di sini..
Perasmian KL Cluster Miniland ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Legoland Resort Malaysia Mr.Young Pil Kim..KL Cluster Miniland ini telah dinaik taraf pada tahun ini dengan pelbagai penambahan yang baru..Beberapa penambahan baru termasuklah
-Bukit Bintang
-Tabung Haji Tower
-Sri Mahamariamman Temple
-Wau Bulan Arch
-National Monument
-Sam Kow Tong Temple
-Petaling Street Arch
Mr.Casper Bonavent (Direction Operation) Mr.Young Pil Kim( General Manager) memegang replika lego...beliau akan meletakkan replika lego di mana-mana tempat yang diperlukan...replika lego ini juga ada disediakan untuk semua para media untuk diletakkan dimana-mana bahagian di seluruh kawasan miniland ini..
Mr.Casper Bonavent (Direction Operation) meletakkan replika legonya di situ..
replika mama dan anak mama berada di sini..ianya akan terus kekal di situ selamanya yer...
Selain perasmian Kl Cluster ini satu lagi perasmian yang berlaku di legoland ini...seperti biasalah bila dah hujung tahun macam ni perayaan Krismis pasti akan disambut oleh penganut agama kristian...jadi perasmian selepas ini adalah Light-up Of Asia's tallest Duplo Christmas Tree di Snow Village..
Light-up Of Asia's tallest Duplo Christmas Tree di Snow Village..
Jika kita ke legoland di bulan Disember ini akan ada banyak aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan di sini sepanjang bulan ini...memang menarik dan teruja dengan kesemua aktiviti yang ada disediakan..diantara aktiviti yang disediakan di legoland adalah seperti..
-Santa Sleigh Appearance
-Brick-tacular Building Activity
-Live Show : A Christmas Carol
-Christmas Carolling
- Santa Sleigh Parade
-Light-Up of Asia's tallest DUPLO Christmas Tree
-Snow Session
-Gingerbread creation Session
-Create your Christmas Dream Village
-LEGO 3D Firework
-Santa Sleigh Farewell
-Picture of The Day Photo Booth
Banyak permainan ada disediakan bila kita berada di sini...ikut saja peraturan yang disediakan jawab soalan yang diberikan,collect stamp ditempat yang disediakan...setelah cukup bolehlah redeemkan hadiah di booth yang telah disediakan di Snow Village nanti...
Penyampaian hadiah untuk sesi cabutan bertuah...tahniah pada mereka yang telah berjaya mendapat hadiah yang istimewa dari pihak penaja...
Setelah kesemua nombor telah dimenangi kini sesi bergambar bersama kanak-kanak di akhir event kali ini..
event ini diakhiri dengan persembahan snow/salji...
Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah ke laman web dan klik jer
atau boleh call terus di no
07-5978888
1 Comments
wah....bestnya
ReplyDeletePost a Comment