ASSALAMUALAIKUM....
Hari ni mama nak share kat sini resepi mudah dan senang sangat...lagi pun dah lama sangat tak post resepi kat sini...jom kita lihat resepinya ayam black paper mudah dan sedap...resepi ikut bahan yang ada kat rumah jer ni...sos black paper pun dah habis jadi buat sendiri jer la sosnya...
Bahan-bahannya...
ayam
sos tiram,lada hitam
bawang merah,bawang putih hiris
halia,kicap pekat
serbuk kunyit,garamserbuk perasa
sedikit tepung jagung (memekatkan kuah)
Cara-cara memasak..
1-Buat sos dulu masukkan sos tiram,lada hitam,halia,sedkit air dan sedikit kicap pekat.Blender kesemuanya sehingga lada hitam hancur..
2-Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit..goreng ayam sehingga kekuningan..
3-Angkat ayam yang telah masak tadi..gunakan sedikit minyak tadi untuk menumis sosnya..
4-Tumis sedikit bawang dan bawang putih yang telah dihiris tadi...setelah keperangan masukkan sos yang telah diblander tadi sehingga masak...tambah garam sedikit dan serbuk perasa...masukkan ayam yang telah digoreng tadi..gaulkan kesemuanya...masukkan baki bawang yang telah dihiris tadi keatasnya..balik-balikkan sekejap...
(untuk memekatkan kuah boleh gunakan sedikit tepung jagung)...ayam black paper siap untuk dihidangkan bersama lauk-pauk yang lain dan nasi putih...
selamat mencuba semua menu simple dan mudah ini..
6 Comments
OK.ok... lain kali kakak boleh cuba juga ni
ReplyDeleteBoleh tahan mudah - kakak suka resepi yg senang-senang.
Nak salin resepi ni ye mama.
ReplyDeleteSedapnya kak....walaupun juz thk gambar dah terliur
ReplyDeleteSalam singgah sini sis...sedapnya ayam masak black paper..
ReplyDeletenampak menyelerakan
ReplyDeletewahhh...nampak macam sedap
ReplyDeletePost a Comment