ASSALAMUALAIKUM...
Dah semakin pandai betul budak kecik ni...dah pandai memanjat tangga dah dia...bebudak kecik ni kalau dapat tahu perkara baru memang ke situ sajalah tempat hala tujunya...nak beli pagar dari hari ke hari mama Damia lupa jer memanjang..



Suka yer Damia dapat memanjat tangga ni..dulu abang Darwisy sekarang Damia pula...semakin membesar semakin bijak cucunda grandma ni yer...hari ni grandma nak diy jer pagar kat tangga ni supaya Damia tak boleh bermain di tangga lagi...diy gunakan bahan yang sedia ada di rumah jer...


-Besi ni memang dah lama beli dari tak digunakan mama nak gunakan besi ni sebagai penyangkut kain tu nanti..
-ambil kain batik yang tak digunakan lagi jahit atas dan bawahnya..
-dah siap masukkan saja besi penyangkut tu ke dalam bahagian kain yang telah dijahit..
-sangkutkanlah kain penghadang tu di tangga...


Inilah dia hasilnya kain penghadang yang telah siap di lekatkan kat tepi tangga tu...rasanya sekejap jer kain ni jadi penghadang kat situ bila Damia dah tahu yang kain ni boleh ditarik mesti Damia akan cuba menariknya..buat masa sekarang Damia masih belum tahu lagi apa-apa dan sementara itu bolehlah digunakan juga...jadi kuranglah sedikit aktiviti Damia ke sini...

p/s do it yourself...