ASSALAMUALAIKUM...
Sebelum kita review dan mengetahui kebaikkan produk ni mama ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Mialiana dan juga owner My Beauty Herbs Puan Normey sebab memilih mama di antara 40 peserta yang tersenarai sebagai salah seorang yang perlu mencuba memberikan testimoni dan mereview produk 3D Gold StemCell Serum ini...giveaway ini telah diadakan dari blog Mialiana entrinya  di sini...


3D Gold StemCell Serum dan Treatment Cream

Bagi wanita penjagaan kulit muka adalah salah satu perkara wajib yang selalu dititik beratkan lebih-lebih lagi penjagaan kulit muka mama ni yang sudah memasuki siri ke 4...kekadang masalah jerawat,jeragat.kedut.lingkaran hitam dan kulit kusam semuanya memang akan menganggu keyakinan dalam diri kita...oleh itu mama akan mencuba satu lagi produk dari My Beauty Herbs ini..in sha Allah semua masalah yang dihadapi akan dapat dihilangkan dan kita akan dapat keyakinan diri kita semula...

Inilah produk baru 3D Gold StemCell Serum dari My Beauty Herbs..setiap pembelian sebotol 3D Gold SteamCell Serum ini ianya akan diberikan bersama dengan treatment cream secara percuma..pertama kali mama mencubanya memang dah terasa kelainan rasa kulit muka..terasa kulit muka mama menegang dan lembut..serumnya juga senang digunakan dan tidak melekit di muka..hanya picitkan sedikit dari botolnya dan calit-calit merecikkan dengan lembut di seluruh kullit muka dan leher..nak juga ikut tag line duta produk ni kan...okay la janji calit-calitkan juga....

Setelah mama menggunakannya terdapat banyak juga kelebihan serum ini..ianya dapat menghilangkan parut hitam,menghilangkan jeragat degil juga ianya boleh mengecutkan jerawat di muka kita..


3D Gold Stemcell Serum
Produk ini boleh digunakan pada waktu siang selepas kita memakai toner dan sebelum kita bermakeup..

Treatment Cream
Treatment cream ini perlu digunakan di waktu malam sebelum tidur..Sapukan sedikit di permukaan kulit muka...sapulah sehingga krim ini menyerap sepenuhnya di kulit muka..tidak boleh di campur dengan produk-produk yang lain..


3D Gold StemCell Serum ini mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal juga mengandungi formula terkini Pure Argania Stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein,Lepitium Sativun Sprouts Extract & Dermacom.Kelebihan 3D Gold StemCell Serum ini ialah menjadikan kulit terus kekal muda dan anggun selamanya.Ianya mampu memberikan kesan ''Instant Lifting" bila pertama kali memakainya.Rangsangan kulit tegang dapat dirasai secara lembut.

3D Gold StemCell Serum bagus dan berkesan untuk :
-Hilangkan parut hitam
-Hilangkan dan cegah jerawat
-Mencegah luka jerawat
-Menutup liang pori
-Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
-Lembapkan kulit
-Menganjalkan kulit
-Mengawal minyak pada wajah
-Mencerahkan kulit
-Menegangkan kerutan dimata
-Pudarkan gelap bawah mata
Melindungi kulit dari sinaran UV
-Mengalakan penghasilan kolegen
-Mengurangkan sehingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten


Duta produk 3D Gold StemCell Serum Feeya Iskandar

Maklum balas terbaik dari duta produk My Beauty Herbs Feeya Iskandar tentang produk 3D Gold StemCell Serum ini...

"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."

1-Masalah Kulit Berminyak

Setelah 14 hari mama mencuba menggunakan 3D Gold StemCell Serum ini terdapat perubahan yang ketara di kulit wajah mama...kulit mama yang sentiasa kusam juga berminyak dapat dikurangkan..3D Gold StemCell Serum ini juga dapat mengawal kulit berminyak dan melembapkan kulit wajah mama...ianya juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV,warna kulit tona sekata dan mengecilkan liang pori...
2-Masalah Jeragat

Memang perlunya ada perlindungan kulit muka dari sinaran matahari..jika tidak masalah jeragat akan terus bermaharajalela di muka...dengan adanya 3D Gold StemCell Serum ini maka ianya akan dapat melindungi,menghilangkan dan menghapuskan jeragat di kulit muka mama...

Setelah menggunakan 3D Gold StemCell Serum ini kulit muka mama kelihatan lebih flawless dan ianya juga dapat mencerahkan kulit wajah...tompok jeragat juga semakin berkurangan setelah mama menggunakan 3D Gold StemCell Serum ini secara konsisten...

3-Kedutan Di sekitar Mata

Inilah gambar sebelum dan selepas mama menggunakan produk ini...sebelum menggunakan produk ini kelihatan kedutan begitu ketara dikelopak mata mama...setelah 14 hari memakai serum ini kedutan di mata telah berkurangan..ianya memang dapat menegangkan kulit muka yang menggeleber, dapat menghilangkan garis halus dan kedutan muka...
4-Gelap Di Bawah Mata

Alhamdullilah lingkaran gelap hitam bawah mata mama juga dapat dikurangkan...lihatlah gambar sebelum dan selepas mama menggunaka 3D Gold StemCell Serum ini..rasa puas hati dan berbaloi-baloi apabila mama dapat mencuba dan menggunakan produk ini...kedut,gelap bawah mata,jeragat kulit berminyak semuanya dapat dihilangkan dengan pemakaian secara konsisten dan teratur..

pada kawan-kawan yang tercari-cari produk yang mampu menghilangkan semuanya seperti di atas bolehlah mencuba 3D Gold StemCell Serum ini..apa lagi jangan tunggu lama-lama yer...
"jom-jom kita hot dan mudakan diri dengan 3D Gold StemCell Serum..."

Pada yang ingin melihat sendiri produk yang ada bolehlah ke My Beauty Herbs
My Beauty Herbs(002119891-M)
67-1, Jalan Mahkota Residence,
Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras Selangor.

Hotline no: +6011 28090446
Office : +60390116779
Email : sales@mybeautyherbs.com.my
Harga : Rm 150.00 


Inilah tag line duta produk Feeya Iskandar yang sungguh mempesonakan hati mama...
mama nak pinjam juga yer... 

"Calit-calit Merecik...
Inilah rahsia mama kekal muda dan anggun"


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.