Kita sambung part 2 pula yer kawan-kawan semua..Sambil semua media menjamu selera majlis perlancaran party Halloween Brick-0r-Treat kali ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Legoland Resort iaitu Mr.Young Pil Kim..
Setelah majlis dirasmikan maka bermulalah aktiviti yang telah siap diaturkan...salah satunya adalah pertandingan pakaian costume halloween kanan-kanak yang paling menarik...semua kanak-kanak yang hadir berpakaian halloween akan dinilaikan,diberi markah dan akan di pilih sebagai pemenang...
nak pakaikan dak Darwisy costume zombi macam ni memang tak mahulah dia...tengok anak blogger Nannie pakai costume pocong ada kat sebelah tu terus terdiam tak banyak cakap pun...takuttt dak Darwisy...
Comel-comel semua kanak-kanak ini...setiap seorang memperagakan costume pakaian halloween masing-masing..semuanya sporting bersedia bila-bila masa jika diminta untuk berposing...
Barisan kanak-kanak yang menyertai pertandingan costume halloween kali ini...6 orang daripada kanak-kanak ini berjaya ke final costume terbaik...
Pada kanak-kanak yang telah berjaya hadiahnya telah disampaikan oleh Mr.Young Pil Kim (General Manager Legoland) Mr.Casper Bonavent (Direction Operation) Mr.Foong Shen Ming ( Hotel Director) dan Ms Thila A/P Munusamy ( Sales Marketing Director)
Dari kiri ketiga Mr.Casper Bonavent ( Direction Operation ) Mr.Young Pil Kim ( General Manager Legoland ) Mr.Foong Shen Ming ( Hotel Director) dan Ms Thila A/P Munusamy (Sales Marketing Director )
Setelah selesai penyampaian hadiah pada pemenang sesi bergambar bersama-sama pula..
inilah persembahan tarian halloween di Castle Stage Lego Kingdom...kalau nak tengok zombi berjoget datanglah ke sini...hantu zombi berjoget beramai-ramai...bermacam-macam costume zombi ada...
sempat juga mama snap gambar dengan staff legoland yang memakai costume ahli sihir ni..staff legoland semuanya sporting terbaikkkk...
Alamakkk !! Terkejut mama bila jumpa dengan zombi-zombi ni...walau terkejut sempat juga snap gambar bersama...
Inilah dia pemenang pakaian costume terbaik...tempat pertama costume hantu pocong dan tempat kedua hantu cina...kedua-duanya adik-beradik,anak yang sporting pada blogger Nannie..tahniah buat adik ini yang telah berjaya yer...walaupun panas dan melompat-lompat sebagai hantu tapi berbaloi jugakan sebab berjaya...
princess zombi..
Banyak aktiviti sepanjang Brick-or-Treat ini..ada beberapa pondok untuk 'check-point' untuk berjumpa watak-watak halloween untuk melengkapkan tugasan...inilah antara salah satu pondok 'check point' yang ada...bila lengkap ke sepuluh 'check point' kita boleh menebus hadiah edisi terhad halloween...memang enjoy kalau ada anak-anak yang melakukannya sekali...kalau takut jerit jer yer...
Pada kawan-kawan yang ingin ke legoland ada promosi tiket ketika party Halloween Brick Or Treat ini..Hotel Legoland juga ada promosi istimewa pada pengunjung yang ingin menginap di sini dari 16 September 2016 sehingga 31 Oktober 2016..jom kawan-kawan kita ke sini dan jika ingin tahu lebih lanjut bolehlah klik
atau boleh terus call di no 07-5978888
3 Comments
Mama.. belanjalah kita masuk legoland... heheheh
ReplyDeleteokay lain kali kita pi lg yer...;)
Deleteteruja tau
ReplyDeletePost a Comment