Biasanya setiap hujung minggu mesti jenjalan bawa Darwisy dan Damia ke legoland tapi kali ni tak jenjalan sangat sebab ikut grandmanya buat kerja sikit..lain kali kita datang kita jelajah lagi yer...banyak juga aktiviti yang ada di sini...
Sebenarnya mama dijemput bersama blogger-blogger yang lain untuk menghadari sambutan perasmian Halloween Brick-Or-Treat Party Night yang diadakan di legoland pada 23Sept hari Jumaat lepas..mama ada bersama dengan 4 orang blogger Johor yang turut hadir sekali...ramai juga media dan blogger dari Kuala Lumpur yang hadir juga...
Sebenarnya mama dijemput bersama blogger-blogger yang lain untuk menghadari sambutan perasmian Halloween Brick-Or-Treat Party Night yang diadakan di legoland pada 23Sept hari Jumaat lepas..mama ada bersama dengan 4 orang blogger Johor yang turut hadir sekali...ramai juga media dan blogger dari Kuala Lumpur yang hadir juga...
Banyak juga aktiviti yang diadakan di sini antaranya
-Halloween show
-Brick-Or-Treat Trail : 'Help Us Build the witches magic cauldron'
-Maze Activity 'Lord Vampyres Ballroom
-LEGO Building Activities
Pada yang nak join sekali bolehlah ke legoland
Selected date : September (16-17, 23-24 and 30 )
October (1, 7-8, 14-15, 21-22, 28-29)
Time : 4Pm - 9Pm (RM 85 Per entry)
Lokasi : Legoland Malaysia Resort's Theme Park
Aktiviti : Brick Or Treat Trail
Lokasi : Lego Kingdom
Inilah group blogger dari Johor yang turut hadir sekali hari tu..sempat juga snap gambar bersama selepas sesi mendaftar...dari kiri adalah blogger Seri Kandi Tanah Jauhar, Sis Lin, Ida Kisah Si Diary dan Suzlin Azreen Nordin ...jom kekawan kita singgah ke blog mereka dan baca entri dari mereka juga yer...
Cewah macam wartawan la pulak dapat pas media lagi...konon dulu cita-cita nak jadi wartawan tapi tak kesampaian..sekarang dapat jadi blogger pun jadilah dapat juga nama tu sebagai salah seorang media...hahaha nak buat lawak pulak mama ni...tapi walau tak dapat jadi wartawan sekurang-kurangnya dapat juga jadi blogger...boleh juga menulis sesuatu yang baik kat blog mama ni kan...
Okay kita dah sampai ke kawasan Lego Kingdom..jom kita teruskan misi mencari zombi...hahahhahhaa zombi kampung pisang kot...
Sewaktu kami sampai di kawasan Lego Kingdom ini masih belum ramai lagi media yang ada di situ..cuaca ketika ini memang sangat terik dengan pancaran matahari, terlalu dahaga dengan cuaca yang panas tapi alhamdullilah kami disambut dengan senyuman dan huluran air dari staff yang berada di situ...wah !! lega rasanya dapat meneguk air punch yang sedap sangat ketika itu..
Pada yang suka bermain dengan brick lego boleh juga membuat replika pumkin dari lego ini...senang jer nak membuatnya ikut jer satu persatu aturan yang ada ditunjukkan di situ...tapi mama tak sempat nak buat pun hari tu..just snap gambar jer la yer...
Makanan yang disediakan pun memang sedap-sedap dan awesommm semuanya...semuanya ada berbentuk dan ada namanya juga ikut tema halloween..macam-macam nama ada..jom kita tengok kat bawah ni...
Wormy Panna Cotta and Witch Finger Pretzel Rods
sayang hari tu mama tak dapat nak rasa cup kek ni...anak-anak mama cakap memang sedap rasanya...rugilah tak merasainya...
Axed Beef Pastrami With Toxic Mushroom
Bloody Baby Octopus And Black Magic Dust
Creepy Crump Corn Flake Fish Fillet
Vampire Deep Fried Prawn
Bat Wing
Snooze Spider Blueberry Cheese Cake
Lolly Jack And Lolly Ghost
Mitches Brew Cupcake
Bila part makan ni memang best tapi mama tak dapat nak merasa kesemuanya hari tu..sibuk snap gambar mana yang patut untuk review party halloween ini nanti..tapi tak apa lah janji kerja perlu disettelkan...settel sudah cerita halloween part 1 ni..nanti kita sambung part 2 pula yer kawan-kawan...
p/s bersambung part 2 nanti ...
8 Comments
Ramai ke org Islam yg pergi Mas?
ReplyDeleteMakanan dia banyak betul ye..
wahh best nyer mama..
ReplyDeletesoronoknya kalau dpt jejak kaki ke sini.. tunggu anak besar skit baru la best nak pegi..
ReplyDeleteseronoklah mama.. bila lego nak panggil lagi ni.. hehehe
ReplyDeleteseronok sangat jumpa akak
ReplyDeleteso cute cup cake tuuu hehe
ReplyDeletebest sangat..rasa nak pergi lagi
ReplyDeletebila nk pergi sna ni..huhu
ReplyDeletePost a Comment