ASSALAMUALAIKUM...
Hari cuti hujung minggulah masa yang ada untuk bawa Awisy dan Damia keluar jenjalan..mama dan papa Awisy bercuti dari bekerja jadi ada masa hendak meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka..mama hanya menumpang sekaki ikut sekali mereka keluar berjimba bersama..seronok tengok gelagat cucunda bergembira..


Hari ini Damia diam saja baring dalam strollernya..sesekali hendak juga di dokong penat agaknya asyik berbaring dalam strollernya tu...tapi sekarang berat Damia sudah semakin bertambah jadi bila mendokongnya sudah terasa penat tangan dan urat sendi papanya..jadi terpaksalah mama dan papa Damia carikan baby carrier untuk Damia kat Aeon semalam..


Atok sibuk dengan handphonenya juga..bukan nak buat apa tu..atok nak juga amik gambar cucunda kesayangannya itu bermain..cuney dok memerhatikan papa dan mama Awisy melayan Awisy bermain..grandma asyik snap gambo jer la...


tengok tu bukan main asyik Awisy bermain...leka sampaikan ajak balik Awisy tak mahu...


Papa dan mama Awisy melayan kerenah si bambam Awisy ni bermain bowling mininya itu..inilah rutin kami sekeluarga setiap hujung minggu..keluar berjimba bersama-sama..