SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
 

Marah betul hari ini..nak jadikan cerita hari ni mama dan hubby join sekali anak-anak pergi ke Kulai...kononnya saja nak menemankan anak cari barang keperluan...bila dah sampai pasaraya Cowboy barang yang hendak dicari tu tak ada pula...jadi beli apa yang ada kat situ jer yang masih tak ada terpaksa cari di pasaraya yang lain...

Kebetulan jalan menghala balik kami cubalah singgah ke Pasaraya Econsave di Senai...mana tahu barang yang anak mama nak cari ada jual di situ...hubby tak ikut sekali hanya menunggu kami di dalam kereta...kami 4 beranak pun bergerak berjalan menuju pintu masuk ke pasaraya Econsave itu..bila dah melepasi pintu halangan depan tu tiba-tiba anak mama yang sulung tu dipanggil oleh security guard...kami semua terkejutlah atas alasan apa anak mama di tahan di pintu masuk Econsave itu...

Alasan yang amat bangang yang mama rasa ketika itu adalah kerana anak mama dipaksa meninggalkan beg tangan yang disandang dibahagian belakangnya itu dan hanya perlu membawa masuk purse saja..kononnya itu adalah peraturan di situ beg sandang perlu ditinggalkan...kebetulan hari ini anak mama memang memakai beg tangan yang jenis boleh sandang belakang dan juga boleh dipegang...disebabkan penat memegang dia hanya menyandang beg itu dibelakang saja memandangkan anak mama itu sedang sarat mengandung...kami memberitahu yang beg itu adalah beg tangan yang disandang dibelakang tapi pekerja itu tidak mahu menerima alasan dari pihak kami...


Pekerja yang tiada adap sopan langsung dengan customer..macam itukah sikap pekerja Econsave dibahagian kaunter khidmat pelanggan yang diambil bekerja untuk melayan pelanggan-pelanggannya ..memang tak ada tatasusila langsung...sekejap cakap macam ni sekejap lagi cakap lain pula...kalau disuruh bagi bintang pun memang mama tak akan bagi bintang atau apa-apa pun...pekerja yang macam ni sepatutnya memang tak layak untuk berada dibahagian khidmat pelanggan pun...inilah cara khidmat pelanggan yang paling teruk sekali yang mama pernah jumpa...

Anak mama dah mula naik angin bila pekerja itu mula meninggikan suaranya maka berlakulah sedikit pertelingkahan diantara anak mama yang kedua dalam membela kakaknya dengan pekerja tersebut..pekerja Econsave itu terus juga mengikat beg tangan anak mama itu sambil mata menjeling dengan pandangan yang kurang memuaskan...anak mama terus mengambil beg tangannya dan kami terus berlalu pergi tanpa masuk ke dalam semula...sempat juga anak mama yang kedua itu bertanya nama pekerja itu untuk diajukan dibahagian aduan nanti...


Disebabkan angin kurang baik terjadi kami 4 beranak tak jadi nak membeli apa-apa pun disitu...terus kami semua melangkah menuju ke kereta semula...mama pun rasa biarlah kami beredar dari situ sebelum sesuatu perkara yang lebih buruk berlaku dan tidak diingini berlaku diantara anak mama yang kedua itu dengan pekerja tersebut..memang terasa ketidakpuasan hati kami semua tadi...anak mama mengambil keputusan untuk menghantar email ke pihak pengurusan Econsave untuk membuat aduan bertulis atas perkara yang terjadi tadi...

Di dalam beg itulah semua barang-barang penting seperti handphone,purse,spare pampers Awisy dan macam-macam lagi ada dimasukkan sekali..mana mungkin barang-barang penting di dalam handbag macam itu perlu ditinggalkan saja di kaunter penyimpan barang-barang dan kita hanya dibenarkan membawa beg duit saja...mana tahu kalau barang-barang penting kat dalam beg itu hilang mesti semua buat tak tahu saja...inilah satu-satunya Pasaraya Econsave  yang paling teruk yang pernah berbuat begitu...sudah banyak pasaraya Econsave yang lain kami pergi tiada pun diperlakukan begini...semoga dengan cerita mama ini dijadikan peringatan buat kawan-kawan dan diharap jika ada terjadi perkara begini kepada kawan-kawan jangan teragak-agak bertindak...

p/s memang mama tak akan pergi lagi la ke pasaraya Econsave Senai ni...