SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Sekarang ni memang musim demam agaknya...mula-mula kat rumah mama ni Awisy yang demam dulu selepas tu sorang-sorang menjangkit ikut demam sekali...lepas hubby demam menantu mama pulak demam...hari ni anak yang kecik pulak demam...terpaksalah bawa ke klinik untuk dapatkan MC...kebetulan anak mama sedang praktikal sekarang ni...bila tak sihat memang kenalah cari doktor...cuaca pun sekarang ni memang tak menentu..itu yang ramai dijangkati penyakit...mama pun tekak ni dah rasa lain macam...semalam penat mencuci lantai dah tu berjemur pulak di tengah panas...minum pun air batu mulalah penyakit nak datang menyerang...tekak dah perit dan dah mula batuk-batuk...penyakit dah mula datang menyerang dah ni...cuma belum demam jer lagi...