SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bila tekak dah mula teringin nak makan kena la masak juga...kalau tak buat takut kempunan pulak kan...itulah kata orang tua-tua dulu kalau dah nak makan terus makan jangan tangguhkan...jadi disebabkan itu maka dapat jugalah makan mee bandung hasil air tangan sendiri ni...pada kawan-kawan kalau nak mencuba jomlah mama nak sharekan resepinya dibawah ni yer...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kuahnya...
Udang geragau kering direndam dan dikisar halus
cili kisar,udang basah
daging direbus dahulu dan hiris nipis-nipis
hirisan bawang merah
garam,tepung jagung
gula dan serbuk perasa

Bahan-bahan yang lain...
mee kuning celur dengan air panas dan toskan
daun bawang dan daun sup dihiris 
cili merah dihiris nipis
tauge dibuang ekor basuh dan toskan
telur direbus dahulu potong dua
sawi dicelurkan dan fish kek dipotong
limau nipis potong dua
bawang goreng,minyak untuk menumis

Cara-cara memasaknya...
1-Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah dahulu sehingga kekuningan..selepas itu masukkan cili kisar dengan udang geragau yang telah dikisar tadi...biarkan sehingga garing rempahnya...
2-Bila dah garing pesnya bolehlah dimasukkan air rebusan daging tadi mengikut berapa banyak yang diperlukan..biarkan sehingga mendidih kuahnya...masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
3-Setelah kuah mendidih masukkan fish kek,daging, sawi..kalau tak suka sayur sawi lembik boleh letak kemudian bila hendak dihidangkan
4-Bila cukup rasanya bolehlah buat sedikit bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya...masukkan bancuhan itu ke dalam kuah tersebut hingga kepekatan yang diinginkan...
5-Bila kuah mee bandung sudah siap dimasak bolehlah dihidangkan bersama bahan-bahan yang telah disediakan...
6-Letakkan mee kuning dahulu ke dalam mangkuk dan masukkan kuahnya...lepas tu hiaskan mee bandung itu dengan bahan yang telah disediakan seperti daun bawang/daun sup,bawang goreng,sawi,tauge,cili merah dan telur..pada yang suka boleh letak perahan limau nipis ke dalamnya...hirisan daging dalam kuah inilah yang membuat mee bandung ini lagi terasa sedapnya...mee bandung siap untuk dimakan dan untuk menjamu selera....okay kawan-kawan selamat mencuba resepi mee bandung ini yer...