Assalamualaikum...
8 Mei 2015...bertemu lagi pada hari Jumaat...moga apa jua yang akan kita lakukan pada hari ini akan dipermudahkan semuanya..hari ni juga mama nak kongsikan resepi mudah dan simple untuk kawan-kawan mencubanya...menu ayam goreng masak asam untuk kita yang nak cepat berada di dapur...gaya memasak macam hari malas sedunia jer ni kan...masak pun nak cepat dan pantas...tak kisahlah apa punkan janji ada juga menu untuk dimakan..jom kita ke dapur...
bahan-bahan yang diperlukan...
ayam,bawang putih
halia,bawang besar
serai,cili padi,cili merah
air asam jawa
garam.serbuk perasa
minyak
Cara memasak..
1-Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit dan garam...goreng sehingga kekuningan...angkat dan toskan...letakkan dalam pinggan..
2-Hiris bawang besar,bawang putih,halia,cili api,cili merah...tumiskan dahulu bawang putih,serai yang dititik dan halia hingga naik bau..
3-Masukkan air asam jawa ikut suka kalau nak masam lebihkan asam jawa...masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
4-Biarkan kuah mendidih sebentar...akhir sekali masukkan hirisan bawang besar,cili merah dan cili api ke dalamnya...biarkan sekejap...bila dah cukup rasa bolehlah ditutup apinya...
5-Angkat kuah asam dan tuangkan saja ke atas ayam yang telah digoreng tadi..kalau suka hiaskan dengan daun sup atau daun bawang...
ayam goreng masak asam siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk yang lain juga...selamat mencuba kawan-kawan semua...
4 Comments
macam best je resepi ni mama,nanti hujung minggu boleh la try..thanks sharing.. :)
ReplyDeletemacam sedap jer ni mama... hew hew hew...
ReplyDeleteWahh resepi baru boleh cuba nanti ni
ReplyDeletetq..nak try buat...tgk pic terus terliur
ReplyDeletePost a Comment