Assalamualaikum...
Teringat kembali kenangan 28tahun yang lepas semasa melahirkan puteri sulung ku ini...peristiwa melahirkan anak pertama yang tak akan pernah aku lupakan seumur hidupku ini...anak yang bakal mengisi ruang hidup kami suami isteri..anak pertama hasil cinta kami
ini lahir dalam keadaan yang membuatkan diri ini teruja semasa peristiwa menyambut kelahirannya...itulah kenangan terindah dalam hidup ini semasa melahirkan puteri sulungku dan dapat menatap wajahnya buat pertama kalinya..
Semasa hendak bersalin aku terpaksa menumpang di rumah kakak iparku di kuarters askar di Kinara kerana abang iparku adalah seorang pegawai askar ketika itu..yang kebetulan rumahnya sememangnya berdekatan dengan Hospital Tentera Darat di Kinara Pucong Selangor..hanya mengambil masa beberapa minit saja dah boleh sampai ke hospital kalau terasa hendak melahirkan...
Melahirkan puteri sulungku ini adalah secara mengejut...memang tak ku sangka kelahiranya lebih awal dan cepat dari yang dijangkakan...pada pagi 25 April 1987 tiba-tiba perutku mula terasa kesakitan yang amat sangat dan air ketuban juga sudah mengalir dengan lajunya..dalam keadaan ketika itu amat mengejutkan semua orang aku telah berjaya melahirkan puteri sulungku ini di rumah saja dengan dibantu oleh kakak iparku...
Kesakitan yang amat mengejut kurasakan membuatkan puteri pertamaku ini tidak sempat dilahirkan di hospital walaupun hospital hanya bebarapa minit saja untuk sampai ke sana...tapi alhamdullilah berkat doa semua keadaan kami dua beranak dalam keadaan yang sihat..kelahiran awal puteri sulungku ini sungguh mengejutkan semua jiran-jiran di kuarters askar tersebut..
Bayi perempuan yang beratnya 3.2kg telah selamat kulahirkan pada jam 7pagi dengan selamat tanpa bantuan doktor dan tanpa jahitan..bayi comel itu telah kami berikan nama dengan nama NURUL AIN BINTI DZOLKARNINE ..cahaya mata kami berdua...masih terbayang-bayang saat aku melahirkannya dahulu dan sekarang puteri sulungku kini sudah berusia 28tahun..memang terasa masa beredar begitu cepat dan pantas sekali...sudah 28tahun usia puteri sulungku ini dan beliau juga sekarang ini sudah bergelar seorang isteri dan juga seorang ibu...
Hari ini doa mak agar puteriku ini menjadi seorang anak dan isteri yang solehah..sentiasa berbahagia,ceria dalam rumahtangga,gembira,sabar dalam membesarkan anak-anak ...semoga anakku akan sentiasa ingat bagaimana rasanya semasa mak melahirkan dan membesarkan kamu..perasaan itu akan dapat anakku rasai sendiri sekarang bila sudah menjadi seorang ibu...semoga puteriku ini akan sentiasa diberkati oleh Allah selalu...aamin..
SELAMAT HARI LAHIR WAHAI PUTERIKU
NURUL AIN BINTI DZOLKARNINE...
4 Comments
Happy Birthday to her too..
ReplyDeletewah. tanpa jahitan? nervous pregnant anak 1st ni. ade ape2 tips x mama? :)
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Selamat hari lahir ntk anak mama :) cx baca ni rs tk sbr plak nk tunggu baby dlm perut besar dan rasai sendiri proses bersalin. Mudahan normal.
ReplyDeleteAnyway.. mama nmpk mcm kakak dan adik je dlm gmbar tu. Awet muda mama ni ye hehe
Post a Comment