SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Lama sangat rasanya tak buka blog ni...dah semakin malas mama ni nak berblogging...bila fikir balik kesian nyer blog mama ni lama sangat dah terbiar dan tak berjengah...sunyi juga rasanya tanpa baca cerita dari blog kawan-kawan alam maya ni...jom la hari ni mama nak share satu lagi resepi kampung yang sedap juga...kalau kawan-kawan suka bolehlah mencubanya nanti yer...


Bahan-bahan yang perlu...
pucuk ubi,kupang,santan,cili api
bawang merah,kunyit basah
asam keping,garam,serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Kupang tu mama beli yang dah siap direbus jer jadi tak payahlah susah payah nak rebus cuma basuhkan sedikit kupang tu...
2-Pucuk ubi tu direbus dahulu hingga lembut...dah lembut toskan airnya..
3-Ambil cili api,bawang merah dan kunyit hidup kisarkan sahaja hingga lumat..
4-Masukkan dalam periuk dan masukkan juga santan cair dahulu dan asam keping...letakkan atas dapur...
5-Bila dah didih masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...kemudian ambil pucuk ubi yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam periuk tadi...
6-Biarkan didih perlahan kemudian masukkan pula santan pekat dan biarkan didih lagi..
7-Akhir sekali masukkan kupang yang telah dicuci ke dalamnya...biarkan sekejap...bila sudah siap bolehlah dihidangkan bersama nasi panas,ikan masin dan sambal belacan...memang koww mak mentua lalu belakang tak sedar pun...hahahaha yer la lalu belakang memang tak nampak kan...selamat mencuba kawan-kawan...