Assalamualaikum...
Lama rasanya tak update resepi kat blog mama ni...hari ni kita boleh cuba memasak resepi kurma ayam pulak...walaupun mama tak makan ayam tapi tetap kena juga masakkan resepi ayam buat ahli keluarga yang lain..jom kita lihat resepinya di bawah ini...
Bahan-bahan yang diperlukan...
ayam,rempah kurma,rempah tumis 4 sekawan
kentang,cili merah,halia,bawang putih,bawang merah
garam dan serbuk perasa
Cara-cara memasaknya...
1-Ayam dibersihkan dan dibiarkan dahulu...
2-Ambil halia,bawang putih dan bawang merah...tumbuk hingga lumat dan hiriskan sebiji bawang merah untuk menumis...
3-Ambil rempah kurma kacau dengan air sedikit...
4-Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bawang hirisan tadi...
biarkan sedikit garing dan masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air tadi ke dalamnya...
5-Kacau sehingga rempah kurma garing dan pecah minyak...masukkan air dan kentang ke dalam periuk tadi..
6-Biarkan sehingga kentang empuk dan masukkan pula ayam tadi ke dalamnya..
7-Biarkan ayam masak dan kuah kurma mendidih sebentar...masukkan cili merah/hijau, garam dan serbuk perasa secukupnya...
8-Akhirnya kurma ayam kita siap untuk dihidangkan bersama nasi panas...
selamat mencuba kawan-kawan semua..
10 Comments
sedapnya
ReplyDeleteahh my favourite~! hehe
ReplyDeleteKakak lebih suka makan ayam kurma ni dgn nasi putih berbanding nasi beryani.
ReplyDeleteMakan utk cecah roti pun sedap:)
yum..yum..yum...sedapnya..huhuhu
ReplyDeletesedap, nampak pekat kurma mama :)
ReplyDeletesaya pun dah lama tak buat kurma ayam.. tengok gambar u ni teringin nak wat esok! hihi..
ReplyDeletesedaaapnyaaa ^^
ReplyDeleteSya pulak x suka makan masak.kurma ni.. ntah kenapa x.kena dgn tekak..tp family semua suka..
ReplyDeleteFaveret... Blh cuba.. Tq for sharing..
ReplyDeleteahak. tengok entry mama masak kurma..esok nak masak kurma la..hehe
ReplyDeletePost a Comment