Assalamualaikum...
Pada hari Sabtu yang lepas mama baru perasan kat Tesco Mutiara Rini yang baru dibuka itu sebenarnya ada lot parking "Khas Untuk Pemandu Wanita Yang Berseorangan" saja...kalau tak pandang betul-betul memang tak nampak tulisan kat atas tu...patutlah lot parkingnya lain dari yang lain tiang dan kotak parkingnya bercolor pink... ingatkan parking kat sini semuanya sama jer rupa-rupanya tidak...ada sebab rupanya lot parking ini bercolor pink...
Bila dah parking kat situ baru perasan ! itu pun selepas kami berjalan keluar dari pasaraya Tesco tersebut ke tempat parking lot tu...baru ternampak tulisan kat tiang atas tu "Khas Untuk Pemandu Wanita Yang Berseorangan"... kami dengan selambanya terus jer park kat situ tadi tanpa pandang kiri kanan...sepatutnya tulisan tu diletakkan di bahagian bawah juga jadi pemandu walau tak boleh nampak tulisan yang diatas tapi boleh nampak tulisan yang tertera kat sebelah bawah pulak...tapi tak tahu la mama adakah pemandu-pemandu yang parking kat sebelah kami itu pemandu wanita atau sama macam kami memang tak nampak tulisan kat parking lot tu..
p/s itu sebab permerhatian pemandu pentingkan...
9 Comments
wow... bagusnya ada mcm nie.. saya slalu ja pegi pasaraya sorg2..
ReplyDeletewanita 2
ReplyDeletekalau takde pengawal kat situ and org tak perasan, entah2 ada je lelaki yg masuk parking kat situ kann.. btw, perempuan ni memg synonim dengan warna pink ek.. hehehee
ReplyDeleteBagus lah kan ada parking mcm ni... semoga lebih banyak tempat di Malaysia ni disediakan parking khas utk wanita yang berseorangan atau yg bawa anak anak. Siap lengkap dgn CCTV utk keselamatan.... nampak sesuai dgn kereta pink mama tu heheheheheh
ReplyDeleteMama, saya ada giveaway... harap dapt join :D
Nak menang RM100, RM50 dan hadiah misteri... jom join G A di blog saya….
http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
Ada je bkn wnita pun parking... Bukn tgk sgt papan tanda tu..
ReplyDeleteBagu sekarang CSR Tesco ni tapi tulah petaknya terhad Mas... akak selalu drvive seorang tapi parking dah penuh.. betul juga tu Mas kena letak signboard tu dibawah jadi pemandu nampak..
ReplyDeleteyang warna pink selalunya untuk wanita macam koc komuter ktm pun koc wanita berwarna pink, bagus sebenarnya mama, inisiatif sebegini :)
ReplyDeleteKat MidValley pun ada parking utk wanita. tapi tak suka gak nak parking situ, sbb jauh drpd pintu masuk.
ReplyDeleteBagusnya.
ReplyDeletePost a Comment