Assalamualaikum...
Mama dan keluarga jenjalan singgah sekejap di Festival Kraf Tangan Johor tadi...memang seronok berada di sini bermacam-macam benda ada dijual di sini...pengunjung pun ramai di Plaza Angsana ni tadi...parking memang dah tentu penuh...terpaksa berpusing dua tiga kali baru dapat parkingnya...
Ambil gambar pun setakat kat gerai yang tak berapa ramai...dan mana yang sempat jer...
Labu sayong yang telah dibuat tempat letak lampu...nampak menarik sekali...
Suka dan tertarik kat gerai ini...gerai yang menjual duit syiling yang dah dicelup dgn emas tiruan...bermacam-macam duit syiling ada dari syiling 10sen hinggalah syiling rm 1...ada duit syiling yang telah dibuat gelang dan dijual mengikut saiz besarnya...
dapat tengok dan pegang cukuplah kan...tapi sempat juga mama beli duit syiling 20sen dan 10sen yang telah dibuat kerongsang dengan harga rm 10...cantik juga kerongsangnya bila dah dipakai...
p/s banyak juga gerai yang kami tak singgah...
0 Comments
Post a Comment