25 November 2014

# info sejarah

Wajah Kebanggaan Orang Muar 7

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


WAJAH KEBANGGAAN MUAR

Allahyarhamah Yasmin Ahmad (7 Januari 1958 - Julai 25, 2009) merupakan seorang sutradara, penulis lakon layar dan kolumnis di Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Muar, Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.



Yasmin memulakan kerjaya dalam pengiklanan di Ogilvy & Mather, kemudian sebagai pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Filem-filem dan iklan-iklan beliau banyak merangkul anugerah berprestij dari dalam mahupun luar negara. Iklan televisen dan filemnya terkenal di Malaysia kerana unsur lucu dan kasih sayang di antara budaya, terutama sekali iklannya bagi Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan. Hasil kerjanya pernah memenangi anugerah dalam dan luar Malaysia.

Pada 23 Julai 2009, Yasmin tiba-tiba pengsan ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3 . Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Damansara dan menjalani pembedahan di kepala. Cecair di kepala dikeluarkan bagi mengurangkan tekanan disebabkan otaknya yang membengkak. Darah beku di otak kerana saluran darahnya yang pecah. Rundingan diadakan dengan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) untuk menghasilkan filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum.

Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya. Yasmin mempunyai darah tinggi dan mungkin menjadi punca beliau mendapat serangan angin ahmar.

Setelah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan tersebut, Yasmin akhirnya kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2009, pukul 11.25 malam.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq. Beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada 12.40 tengah hari keesokannya.

Sumber Info

3 comments:

  1. pernah pergi muar tahun lepas.. jatuh hati dengan asam pedas muar.. heheh :P

    ReplyDelete
  2. suka tgok iklan2 die...nak2 time raye

    ReplyDelete