SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ini mama terpaksa memandu sendiri...hubby outststion pagi tadi jadi tugas menghantar anak pergi kerja dan pergi kelas terpaksalah mama yang lakukan...sebelah pagi terpaksa hantar anak mama ke Legoland dulu...

Semasa dalam perjalanan pulang tiba-tiba terasa macam terlanggar sesuatu jer...ingatkan tak ada apa-apa !...rupa-rupanya sekejap lepas tu ada suatu bunyi yang tidak menyenangkan kedengaran...terus bagi signal kiri dan berhenti di bahu jalan...dalam hati dah berkata tadi.."mesti tayar kereta ni pancit.." keluar dari kereta terus jer lihat tayar kiri belakang..."sah memang pancit..memang terkena juga aku akhirnya..."

Selama ni bawa kereta sendiri memang tak pernah pancit..kalau pancit pun hubby ada...selama ni tak ambil kisah pun pasal tayar pancit ke bocor ke...memang dah tahu ada hubby dia yang buatkan semuanya...tu la ! tak nak ambil tahu apa-apa ! inilah jadinya bila dah terkena tang batang hidung sendiri dah tak tahu nak buat apa2...semua orang di suruh datang minta tolong...akhirnya anak mama bersama kawannya datang tolong tukarkan tayar yang pancit itu...alhamdullilah siap juga !! 

Tu la ! lain kali kena tengoksendiri macam mana hubby lakukan bila tukar tayar kereta yang bocor/pancit ni...senang untuk diri kita sendiri...orang perempuan ni tahu bawa kereta jer !
apa-apa yang berlaku pada kereta sendiri satu benda pun tak tahu...pengajaran betul ! lepas ni kena juga ambil tahu serba sedikit...kena jadi jantan sikit lepas ni...jantan sangat la tu...bukan apa ! senang nanti nak tukar tayar bila pancit lagi...

p/s mood nak belajar buka tayar lepas ni...