29 November 2014

# Aidijuma

Parah Kena Rempuh

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Memang haru dibuatnya hari ni...kena rempuh orang sebab nak rebut tudung AJ black label yang baru keluar hari ni...bukan rempuh teruk pun saja nak buat gempak jer ni..paling tak suka buat kerja macam ni tapi kesiankan anak mama tak dapat sehelai pun disebabkan dia rendah sehelai tudung AJ pun dia tak dapat nak capai... orang  yang berdiri di baris hadapan saja yang terlebih dahulu mendapatkan tudung AJ yang ada...

Bila tengok macam tu kesian juga mama tak ada seorang pun nak hulurkan kat dia...cewahhh dengan semangat yang berkobar mama pun terus mencelah dicelah ramai-ramai peminat AJ yang ada dikedi tu...terus rempun dengan cara yang sopan la kan marah pulak orang lain nanti...akhirnya mama dapat juga ke baris hadapan dan dapat juga capai beberapa helai tudung yang hendak dibeli dan berkenan di hati...

Paling tak suka bila ada warga suami-suami ni datang menyibuk dan menyelit juga dicelah-celah warga kaum wanita ni...boleh pulak kita duduk bawah ketiak dia tu ! kalau nak pun angkatlah elok-elok tangan tu...memang nak kena soundlah dengan mama...kalau ye pun agak-agaklahkan ! kami kaum wanita ni dah la rendah jangan ikut suka jer biarkan orang duduk kat bawah ketiak awak...

Bila dah kena sound pun masih tetap juga nak terjerit minta pekerja AJ tu balingkan tudung tu kat dia...boleh pulak cakap perkataan yang macam orang tak berfikiran jer..."Dik balinglah tudung tu kat sini abang pun nak pakai tudung ni juga..." rasa mama nak sound jer kat dia " dah tukar jantina ke bang..." tapi memikirkan ramai orang malas mama nak melayannya pekak kan telinga jer walaupun lelaki tu masih berada disebelah mama...macam-macam ragam kalau nak membeli tudung AJ ni..

Dari 8 design black label yang baru kali ini...inilah saja yang dapat dibeli hari ini...

p/s sepatutnya kaum bapa2 ni x payah la nak menyibuk menyerbu sekali...duduk diam2 jaga anak jer la..

3 comments:

  1. hehehe..dasyat betul ler nak beli tudung aj ni ;)

    Jemput join segmen CN yer ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  2. Wow... salute la sanggup berebut2 demi tudung, aj tu adi juma ke... akak guna tudung orang malas je, ...

    ReplyDelete
  3. Saya rasa diorang ni pelik dengan kaum wanita..sanggup berebut hanya kerana tudung..
    Mama pergi kedai AJ yang kat belakang jakel ke? Atau kat angsana?

    ReplyDelete