SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Melentur buluh biarlah dari rebungnya...itulah peribahasa yang selalu orang tua-tua kita katakan bila ingin mengajar anak-anak mereka...sekarang grandma pula nak ajar budak kecik 2 orang ni bagaimana nak suruh mereka "simpan/kemas balik" barangan mainan mereka di tempat asalnya...kena lakukan dengan cara perlahan dahulu..bagaimana nak buat mereka mengikut dan faham maksud "kemas balik" tu...

Kena minta mereka sama-sama berkemas dengan kita menyimpan buku dan mainan mereka sendiri..tengok mereka mahu menolong atau tidak ! jika mereka mudah mengangkat barangan mainan dan buku-buku yang telah digunakan tadi kiranya mereka faham apa yang kita maksudkan...biarkan mereka lakukan dan letakkan mainan buku itu ditempat yang kita sediakan...macam mana susunannya itu kita biarkan janji mereka dah lakukan apa yang kita katakan pada mereka...

Tapi tengoklah macam mana gaya dan letaknya barangan mainan itu...semuanya tak diletakkan ditempat yang sama...tapi pada grandma itu dah kira okay la buat permulaan ini...janji mereka faham juga akan apa yang kita maksudkan...tak tersusun tak apa janji mereka pandai angkat dan letakkan balik barangan mainan yang telah digunakan ditempatnya semula...alhamdullilah berjaya juga grandma nak buat mereka berdua faham arahan yang diberikan..

p/s moga akan sentiasa jadi anak yang soleh...