17 October 2014

# resepi masakan

Resepi Gulai Ayam Minang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak kongsikan satu resepi dari ala-Minang...sedap tapi pedas kalau kawan-kawan yang suka pedas bolehlah mencubanya yer...okay kita lihat resepinya dibawah ni...

Bahan-bahannya...
ayam,bawang merah,bawang putih
halia,serai,lengkuas,minyak,daun limau,asam keping
cili merah,cili hijau kalau suka pedas letak cili api
santan,garam,serbuk perasa,daun limau,daun kunyit

Cara-caranya...
1- Bersihkan ayam dulu letak ketepi...ambil cili merah,cili hijau dan cili api kalau nak pedas lebihkan cili api blanderkan bersama dengan bawang putih,bawang merah,lengkuas dan halia..serai diketuk sedikit...
2-Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblander tadi sehingga garing..bila dah garing masukkan ayam dan santan pekat tambahkan sedikit air..masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya dan biarkan ianya kering...masukkan juga daun limau yang telah dibuang batang tengahnya...
3-Biarkan kuahnya pekat dan sehingga ayam telah cukup masak...akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dihiris nipis ke dalamnya...bila dah pekat Gulai Ayam Minang sudah siap dan boleh dihidangkan bersama nasi panas..
selamat mencuba kawan-kawan yer...

1 comment:

  1. terima kasih mama, Insyaa Allah ana nak cuba nanti,tukar2 resepi lah asyik yang sama jemu juga..tqsm :)

    ReplyDelete