SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari Sabtu lepas mama telah mengikut anak mama ke kedai tudung Aidijuma untuk membeli koleksi terbaru AJ kali ini...kedai belum buka orang ramai dah menunggu di luar pintu kedai ini...memang dah jadi trend sekarang ni bukan tudung Fareeda jer boleh beratur di luar kedai tapi AJ pun dah mula menunjukkan taringnya juga...tapi tak ada la sampai terpaksa guna nombor giliran...


Bila dah dibuka mulalah semuanya serbu nakkan koleksi terbaru ni...mama hanya pandang jer...tak kuasa nak rebut-rebut ni...biarlah orang yang muda dan kuat yang buat kerja...janji dapat apa yang dikehendaki...tengok la tu punyalah banyak yang telah diperolehi setiap seorang...bila dah dapat duduk diam-diam susun tudung tu yer...


bila semua koleksi dah dapat mula la beratur pulak untuk membayarnya...inilah penangan tudung AJ...hinggakan ada koleksi yang tidak cukup dan kehabisan stok pada hari tu juga...


Abang-abang dan suami-suami pun menyibuk sama kali ni...orang perempuan berebut dia pun berebut juga...cukup la si isteri jer yang berebut tak payah la yang si suami berebut juga...kesian yang lain..berebut-rebut dengan orang lelaki pulak tu...hormatlah sikit...malu pulak orang perempuan yang lain tu nak berebut bersebelahan...
...


Inilah hasilnya mencandat tudung Aidijuma Sabtu lepas..hanya dapat 7 jer untuk koleksi kali ni yang satu lagi tu anak mama tak mahu katanya...sepatutnya ada 8 koleksi terbaru tudung AJ kali ini...cukuplah ni janji dah dapat apa yang diinginkan tu sudah la...

p/s mood nak mengemas rumah lagi..