01 August 2014

# anniversary

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 28 Tahun Sayang...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Ya Allah Aku bersyukur dengan ketetapan jodoh dari MU...KAU telah berikan pilihan yang terbaik dalam hidupku seorang suami yang penyayang,bertanggungjawab atas segala-galanya...KAU anugerahkan aku seorang iman untuk membimbing dan membina rumahtangga kami ke jalan MU...KAU jadikan suamiku nakhoda yang pandai mengendalikan anak-anak kapalnya...

Ya Allah berkatilah perkahwinan kami ini dibawah perlindungan MU..KAU jadikan diri kami ini suami isteri yang saling menyayangi,saling mencintai,saling menghormati dan saling membahagiakan antara satu sama lain..berikanlah kami jodoh yang berkekalan ini hingga hujung nyawa kami...Kami bersyukur dapat melalui kehidupan bersama selama 28 tahun ini dengan penuh kebaikkan dan keberkatan...

Ya Allah berikanlah kami lebih kematangan fikiran sikap bertanggungjawab di dalam membina kerukunan rumahtangga kami dan moga ianya akan terus kekal hingga ke akhir hayat kami nanti..KAU tunjukkanlah kami jalan yang benar-benar menuju ke arah MU selalu...

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membesarkan zuriat yang telah KAU amanahkan kepada kami dengan ajaran yang baik menuju ke arah jalan kebaikan MU...jadikanlah zuriat kami anak yang solehah dan KAU permudahkanlah segala-galanya buat kami...

Ya ALLAH berkatilah hubungan kami ini selamanya..
"SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 28 TAHUN SAYANG "
Buat suamiku 
EN. DZOLKARNINE BIN HASSIM

7 comments:

  1. selamat ulang tahun perkahwinan buat mama dan suami...

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-28 mama.

    ReplyDelete
  3. happy anniversary mama! semoga brkekaln n brbhgia hngga ke akhir hyat!

    ReplyDelete
  4. Selamat ulang tahun...tahniah... semoga sentiasa di dalam keberkatan

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulillah :D semoga kekal membawa ke jannah..
    selamat hari raya ~

    ReplyDelete
  6. InsyAllah jodoh puan akan berkekalan selama-lamanya.amin

    ReplyDelete
  7. aamiin
    selamat ulangtahun perkahwinan buat mama dan suami :)

    ReplyDelete