05 August 2014

# Aidil Adha # aidil Fitri

Berjalan Dan Beraya Di Legoland

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Hari minggu yang lepas bawa Awisy jalan-jalan ke legoland...pada mulanya nak beraya ke rumah adik mama tapi dia tak ada di rumah pula tu yang terus bawa Awisy ke legoland jer..lagi pun dah lama tak ke sana...puas hati Awisy dapat masuk ke sana semula...bulan puasa hari tu memang tak ada masa nak ke sini...almaklum la puasa kalau berjalan ke sini pasti pengsan di buatnya...



Tengoklah tu dah pandai naik boat duduk diam jer kat sebelah papanya...siap pakai jaket keselamatan wajib bagi kanak-kanak bila nak naik bot ni...



Dulu bila sampai ke sini pasti tak boleh naik keretapi duplo ni sebab ketinggian Awisy masih tak melepasi takat yang dibenarkan...masa datang hari tu bila ukur rupa-rupanya dah melebihi ketinggian yang dibenarkan jadi Awisy dah boleh naiklah keretapi tu...


berwefie bersama-sama...


Awisy kena paksa pakai spec 4D tu sebab nak bawa dia masuk ke dalam panggung...tapi bila sampai ke dalam langsung tak nak pakai spec tu...Awisy masih tak tahu apa kegunaan spec tu lagi...



4D belum start lagi bolehlah berposing dulu...okay bersedia wayang 4D dah nak mula ni...


Kali ni naik tower pula memang seronok bila berada di atas sebab dapat lihat pemandangan keseluruhan kawasan legoland dan kawasan disekitarnya...berwefie bersama-sama semuanya...



Miniland yang dibina untuk sambutan Aidil Fitri...kelihatan seperti sebuah kampung yang sedang berhari raya..memang cantik buatan rumahnya...



Bila nak keluar kami para pengunjung disajikan dengan persembahan tarian melayu dan zapin..semua budak-budak dok leka melihat persembahan itu...

4 comments:

  1. selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-) seronoknya..spek mata 4D tu nampak lagu mana lak tu..kompom lagi sempoii

    ReplyDelete
  2. bestnya berjalan-jalan kat sana mama....

    ReplyDelete
  3. Seronok tgk Mama satu family happeningg sungguh ......

    ReplyDelete
  4. TERBAIK la Mama ......Awisy pon seronok betulll tuuu

    ReplyDelete