12 July 2014

# DIY # ubahsuai.deko

Misi Mengilatkan Tembaga Arwah Bonda

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila kemas stor semalam terjumpalah tembaga peninggalan arwah bonda angkatku...rupa-rupanya tersimpan dalam stor jer barangan antik ni...bila dah jumpa tu terus keluarkan dan nak cuba kilatkan balik harta warisan pusaka ini...dulu ada banyak barangan tembaga arwah mak ni tapi hanya ini saja yang dapat..walaupun tak banyak tapi alhamdullilah boleh juga dijadikan kenangan arwah bonda...



Bila dah jumpa tu mulalah memikirkan macam mana nak mengilatkan tembaga ini kembali..mama cuba google cari petua macam mana nak buat dan yang paling senang rendam dalam air cuka dan garam...cuka ada garam pun ada jom kita mulakan operasi pengilatan tembaga ni pula yer....


Proses ke dua bila dah direndam dalam air cuka dan garam bolehlah dikeringkan dahulu sebelum ke proses seterusnya...bila lihat gambar di atas ni kelihatan sudah berkilat sedikit dari hari sebelumnya...sebenarnya barangan tembaga ini masih lagi belum dilakukan apa-apa proses menggosoknya pun...lepas ni kita lakukan proses menggosok pula...


Proses ketiga meletakkan autosol untuk proses pengilatannya...sapukan autosol itu ke barangan tembaga itu..maka bermulalah proses menggosok barangan tembaga hingga berkilat yer...dari petang dah bermula tapi terpaksa mengambil masa sedikit untuk menyiapkannya sebab berhenti dahulu untuk proses memasak makanan untuk berbuka pula...jadi terpaksalah dibiarkan sebentar barangan tembaga tu malam baru sambung kembali..



Akhirnya berjaya juga misi mama nak menyiapkan tembaga yang dah kusam itu menjadi bercahaya semula..tapi perlu ada kerajinan bila nak melakukannya sendiri yer kalau tidak memang tak berkilat la tembaga tu... dengan melakukan sedikit proses yang perlu akhirnya alhamdullilah kembali bercahaya warisan peninggalan dari arwah bonda ini dan ianya akan terus mendapat jagaan yang baik dariku...pada kawan-kawan yang ingin mencuba mencantikkan barangan tembaga yang lama bolehlah ikuti cara yang mama telah lakukan yer..Selamat Mencuba...

p/s puas hati bila lihat barangan tembaga arwah bonda dah berkilat semula...

7 comments:

  1. sangat rare barang2 tu kak :)

    ReplyDelete
  2. ini mmg kena sabar ni kalau nk tgk berkilat cmni.
    orang yg rajin je boleh buat nie,
    terbaek ler mama share tips.
    boleh wat hiasan raya tu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, cantik berkilat mama
    high value ni :)

    ReplyDelete
  4. Hehehe TEMBAGA tuu ..Umah Lya pon ada banyak suami Lya suka kumpul baranmg antik jugak Mama

    ReplyDelete
  5. nah berseri-seri mama..suka tengok..:)

    ReplyDelete
  6. waaa.. bestnya.. warisan tu kan.. kena turun kat anak cucu pulak..

    ReplyDelete