07 July 2014

# info agama

Kebaikkan Surah Al-Fatihah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Memang banyak fadilatnya kalau kita selalu amalkan surah-surah dari ayat suci Al-Quran ini...surah Al-Fatihah adalah salah satu surah yang kita selalu baca dalam solat 5 waktu yang selalu kita lakukan setiap hari...

Memang surah Al-Fatihah ini ada banyak kebaikkannya dan marilah kita selalu amalkannya dan bolehlah dibaca bila diperlukan.. 

1-Bacalah surah Al-Fatihah ini sebanyak 14 kali sebelum tidur suami dan anak-anak akan sentiasa mengingati kita selalu

2-Baca Al-Fatihah 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat mandian ianya boleh menghilangkan sakit dalaman..

3-Baca surah Al-Fatihah 7 kali usap dikepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur kepada yang ada masalah mental..

4-Baca surah Al-Fatihah 3 kali tiup dalam segelas air minum sambil mengusap kawasan yang rasa sakit dan sakit yang keterlaluan..

5-Baca surah Al-Fatihah 7 kali dan sapu diatas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa..

6-Baca surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali guna ibu jari dan tekan dilangit-langit (mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit luka berdarah,sengat lebah,jari terkepit dipintu..

Bacalah dengan dalam keadaan yang khusyuk ,tawakkal kepada Allah dan niatlah dengan jujur InshaAllah ianya merupakan penawar yang terbaik kepada semuanya. apa jua yang kita lakukan bermulalah dengan Bismillah dan akhirkannya dengan Alhamdullilah moga apa yang kita lakukan ianya akan sentiasa diberkati hendaknya..Janji Allah itu pasti...

6 comments: