SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari yang ke 5 kita semua umat Islam berpuasa...semoga ibadat puasa kita dibulan ini akan diterima dan kita dapat menjalankan ibadat puasa itu dengan hati yang seiklas-ikhlasnya...bagaimana juadah kawan-kawan untuk berbuka nanti dimasak sendiri atau beli di bazar ramadhan sahaja..?

Biasanya di bulan puasa begini memang banyak bazar-bazar ramadhan...bermacam-macam juadah dijual di sana...kalau ikutkan hati semua makanan yang dilihat hendak dibeli tanpa memikirkan rasa pembaziran...pada kawan-kawan yang kekurangan masa eloklah mencari juadah untuk berbuka di bazar ramadhan saja tapi kena juga berhati-hati dengan makanan yang dibeli kekadang ada penjual yang menjual makanan yang kurang bersih dan basi..membeli juadah tu pun kenalah beringat-ingat jangan kita terlalu mengikut nafsu hingga berlakunya pembaziran...


Bagi mama sebagai suri rumah ni memang lebih suka kalau masak makanan di rumah saja..itu lebih baik pada mama kerana kita sebagai ibu akan merasa keseronokkan bila melihat anak-anak gembira berbuka puasa dan menjamu selera dengan masakan yang kita masak sendiri di rumah...kepuasan dari hasil tangan sendiri untuk anak-anak dan suami itu lebih mendapat keseronokkannya.. lebih-lebih lagi bila kita dipuji kerana masakan yang kita masak itu sedap rasanya...

Pada mama memang lebih suka makanan untuk berbuka nanti mama sediakan sendiri di rumah...lagi pun hubby memang tak suka kalau beli lauk-pauk di luar..dia lebih suka mama sendiri yang menyediakannya lebih sedap dan rasa puas hati katanya...itu pada pendapat hubby la sebab dia memang jarang sekali membeli juadah di bazar ramadhan..pada yang suka bolehlah memasaknya sendiri pada yang tak sempat atau kekurangan masa memang eloklah beli saja di bazar..itu semua terpulanglah pada diri kita sendiri...tepuk dada tanya selera...