21 June 2014

# Aidijuma

Kedai Baru Aidijuma Di Bandar Baru Uda

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Pagi tadi mama dan anak perempuan mama yang sulung telah ke kedai baru tudung Aidijuma yang letaknya dibelakang bangunan gedung kain Jakel di Bandar baru Uda....besar juga kedainya ini...memang seronoklah dapat membeli tudung AJ di sini lebih-lebih lagi senang nak memilihnya sebab masih kurang pelanggan yang datang...


Masuk jer ke kedai ini kami dah disambut oleh staff-staff AJ dengan senyuman yang menawan sekali...seronok rasanya dapat layanan yang mesra dari mereka dan kami adalah pelanggan yang pertama hari ini katanya...bila dah berada di dalam kedai ini memang terasa sungguh nyaman dengan ruang yang luas juga hiasan dalamannya yang menarik hati bakal semua pengunjungnya nanti... 


Layanan yang baik dan ramah dari staff AJ memang membuatkan kami yang datang ke sini pasti akan terasa amat terhibur sekali....pelanggan pun masih belum ramai di sini jadi kami bolehlah berbual,bergelak ketawa sambil memilih tudung-tudung yang ada disediakan disitu...kiosk yang berada di Plaza Angsana pun masih ada lagi beroperasi di sana...


Inilah diantara tudung-tudung yang disediakan di sini...semuanya memang menarik sekali dan harganya pula adalah harga yang mampu kita miliki...pada kawan-kawan yang suka dengan tudung jenama AJ ni bolehlah datang ke kedai AJ yang baru ini yer..


Sempat lagi kami berposing di depan cermin di dalam kedai ini sebelum anak mama membayar semua tudungnya itu di kaunter... 


Awisy ni kalau bab nak ajak berposing memang dia kurang sikit...kena pujuk dulu barulah dia nak bergambar itupun tengoklah cara bergambarnya...


Inilah antara tudung AJ yang sempat dibeli oleh anak mama untuk bisness online beliau juga kawan-kawan opisnya..itulah sebabnya bila ada saja tudung baru AJ WL(White Label) atau BL (Black Label)dia akan terus beli di kiosk di Plaza Angsana tapi sekarang ni dah senang sikit la sebab tak payahlah nak berebut-rebut seperti di kiosk Plaza Angsana tu kerana beli di kedai yang baru ini adalah lebih selesa... 

6 comments:

  1. Bila ada kedai yg dekat mcm ni jimat sikit masa kan.. saya pun dh mula pakai aj tp di sini belum ada kedai aj..

    ReplyDelete
  2. wah! apa beza tdung aidijuma dgn tdung bwal len eh..

    ReplyDelete
  3. waaahhh.. dah bukak eh mama?? tak sabarnya nak pegi.. memang dh lama tunggu2 aidijuma ni bukak..

    ReplyDelete
  4. banyak pilihan ni
    boleh pakai raya nanti :)

    ReplyDelete