SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Sejak kebelakangan ni semangat nak berblogging terus down...entah la kenapa aku pun tak tahu kenapa jadi begini...semua semangat nak berblogging seperti dulu luntur sudah rasanya...jiwa terasa kosong ! nak menaip entri pun terasa sangat berat sekali jejari ni nak bergerak..terasa macam nak tutup jer blog ni atau biarkan saja ianya berlapuk...tapi terasa sayang pula dengan blog yang tak seberapa ni...

wahai semangatku kemanakah dikau menghilang...datanglah dan pulihkanlah kembali semangatku yang dah pergi menghilang entah kemana agaknya...mohon maaf pada kawan-kawan alam maya jika lama mama tak datang bertandang ke blog kawan-kawan...



Ya ! Allah jika suatu saat aku kehilangan harapan dan arah tujuan, berikanlah pada ku keyakinan bahawa TAKDIRMU lebih baik dari semua yang ku inginkan dan impikan...