SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hujan-hujan macam ni kalau pekena sup ekor mesti sedapkan...teringat pulak menu jumaat lepas...sedapnya dapat hirup sup yang masih panas-panas dalam cuaca sejuk...okay la mama nak bagi resepi sup ekor ni mana tahu kawan-kawan pulak boleh mencubanya nanti yer...

Bahan-bahan yang diperlukan...
1 kilo atau lebih ikut suka ekor lembu yg dah siap dipotong
rempah sup 4 sekawan
1 peket kecil rempah sup serbuk
1 biji bawang besar,halia,2 ulas bawang putih
kalau suka nak letak kentang,tomato,daun sederi,karot pun boleh
daun bawang/sup
garam dan serbuk perasa

Cara-caranya..
1-Basuh ekor tadi dan masukkan ke dalam periuk..rebus dan biarkan ekor tadi empuk...kalau ada pressure cooker lagi cepat masaknya...
2-Bila ekor dah empuk/lembut panaskan minyak sedikit.. tumiskan rempah 4 sekawan,bawang besar,bawang putih,halia yang sudah dihiris ke dalam periuk..bila dah wangi baunya bolehlah dimasukkan rempah sup serbuk ke dalam periuk kacau-kacau sekejap...bila dah garing tuangkan saja rencah tadi ke dalam periuk rebusan daging tadi...
3-Bubuh garam dan serbuk perasa seukupnya...kalau suka boleh letak karot,tomato atau batang sederi...Biarkan sup mendidih dan sup ekor siap untuk dihidangkan...hidangkan ke dalam mangkuk hiaskan dengan daun bawang/daun sup dan bawang goreng...sedapnya dapat hirup sup ekor yang masih panas tu...
okay la selamat mencuba yer..