Assalamualaikum...
Hari ni mama nak kongsikan bersama kawan-kawan semua resepi yang memang cukup senang untuk memasaknya...resepi yang simple tapi sedap...jom kita bersama-sama mencubanya yer...
Bahan-bahan yang diperlukan...
telur yang telah direbus
rempah kurma,kentang
halia,bawang merah,bawang putih
rempah 4 sekawan
santan/susu cair jika suka
cili merah/cili hijau
garam,serbuk perasa
Cara-cara memasaknya...
Nak memasaknya memang senang...biasanya mama akan memasaknya tanpa santan sebab hubby lebih suka tanpa santan...senang juga bolehlah jimatkan kos beli santan dan kurang sikit kolestrol kat badan...mula-mula bahan seperti halia,bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus tinggalkan sedikit bawang merah yang dah dihiris untuk menumis nanti...
panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris bersama rempah 4 sekawan dulu..bila dah sedikit garing masukkan rempah yang telah ditumbuk halus tadi..biarkan rencah itu garing sedikit baru dimasukkan rempah kurma tadi ke dalamnya...
Biarkan sehingga garing barulah dimasukkan sedikit air...biarkan sehingga rempah itu pecah minyak dan barulah dimasukkan santan/susu cair ke dalam kuah kurma tadi..juga masukkan sekali telur yang telah direbus bersama kentang..biarkan kentang empuk masukkan pula garam dan serbuk perasa bersama cili hidup merah/hijau...biarkan sehingga kuah pekat dan akhirnya bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan ikan masin...okay kawan-kawan bolehlah mencuba nanti yer...selamat mencuba..
5 Comments
kalau kat asrama, ayam masak kurma ialah ayam goreng yang terlalu garing dah jadi keras kendian disiram kuah kurma sikit huhuhu
ReplyDeletehmm hmmm hmm
ReplyDeletengences la nengok..
ni klu takde nasi panas, roti nan ni layan je dgn kuah kurma ni
nom nom nom
dah la tgh hujan
perut lapo
tgk entry ni plak
bergendang perut..
adoi
Lmanya x mkn kurma telur.. Rindu plak kt mskn mak..
ReplyDeletetak pernah buat lagi ... rempah kurma tu ada kurma daging/ayam dan ikan kan? guna yang mana ya? and kalau nak bubuh santan... agak-agak banyak mana ya?
ReplyDeleteboleh dicuba ni..haritu mak masak telur kari..hehe
ReplyDeletePost a Comment