Assalamualaikum....
dah lama teringin nak mencuba buat makroni bakar ni tapi ada saja yang menghalangnya...
semalam berjaya juga mama membuatnya...tak tahu cara-cara nak membuatnya,terus cari resepinya kat blog blogger Cik Mat Gebu..
di situlah mama ketahui cara-cara hendak membuatnya...tapi ada juga bahan yang mama tak gunakan cuma ambil sebahagiannya saja...jom kawan-kawan kita tengok resepi yang mama cilok dari blogger masak kita ini...
bahan-bahan yang diperlukan...
200 gram makaroni
sedikit mentega,keju mozarella
daun pasley tak ada gunakan daun kucai jer...
(maaf Cik Mat resepi dah diderhakakan)
lada hitam hancur
Bahan untuk intinya...
Daging cincang,bawang holland potong dadu
bawang putih (cincang halus)
halia (cincang halus),air
sos cili,sos tomato,cendawan,karot,sederi (potong dadu)
cendawan butang,kacang panggang
garam secukupnya dan lada hitam hancur
Sos putihnya...
Susu cair,tepung gandum,
lada hitam dan garam
Cara-cara membuatnya...
1-Rebus makaroni dengan sedikit garam..rebus sehingga kembang dan toskan...
gaulkan dengan sedikit mentega...ketepikan dahulu dan kita buat intinya pula..
2-Panaskan minyak tumiskan bawang holland yang telah dipotong dadu,halia,bawang putih..setelah garing sedikit masukkan daging, karot dan air dahulu...bila daging dah berubah warna sedikit masukkan pula sos tomato,sos cili,seleri,kacang panggang ,lada hitam hancur dan air..
3-Biarkan sebentar,kacau masukkan garam,dan rasa...j
jika okay biarkan inti itu kering sedikit dan tutup api tepikan..
kita buat sos putihnya pula..
4-Panaskan mentega dengan api kecil,masukkan susu cair dan tepung gandum..kacau sehingga rata jangan biarkan sos putih itu berketul...bila dah sebati tutup api dan tepikan dulu...
5-Panaskan oven pada suhu 180c,lenser bekas kaca/loyang...masukkan 1/2 makaroni dulu lapiskan dengan 1/2 inti daging,tekan sedikit biarkan ianya rata,selepas itu tuangkan 1/2 sos putih pula ratakan dan taburkan dengan keju mozarella..ulang proses yang sama diselang selikan akhirnya taburkan daun kucai yang telah dihiris halus juga tabur keju diatasnya...
6-Bakar makaroni selama 40-45 minit atau sehingga permukaannya perang..bila dah masak keluarkan dan hidangkan dengan sos kesukaan kita...
siap juga makaroni bakar berkeju yang telah diderhakakan dari resepi Cik Mat Gebu...
5 Comments
sedap nyee... ada sedulang tu banyak hehe
ReplyDeleteBestnya..kita memang suka makan makaroni bakar..taruk cheese extra..sedap sangat...
ReplyDeletenyum2
ReplyDeletesedapnyer makaroni bako ni kak :)
ReplyDeleteecah selalu buat sebab suami suka..smpai die lak yg mengidam masa mula2 ecah pregnant dulu..hehe
ReplyDeletePost a Comment