SALAM 12 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! rezeki dapat buah mangga dari kampung mentua anak mama besan mama la tu...banyak juga buah mangga yang dibawa balik hari tu...separuhnya dibahagi-bahagikan buat jiran tetangga mama...ada sedikit rezeki tu biar la diberi dan dikongsikan bersama jiran-jiran... dapat juga jiran-jiran mama merasanya juga... 


separuh daripadanya mama buat sedikit jeruk mangga...sedap jika dimakan sejuk-sejuk jeruk mangga ni...jeruk yang mama buat ni simple jer tapi bila dimakan memang sedap...

cara nak membuatnya senang jer...
mula-mula ambil mangga yang muda, basuh dulu getah pada kulitnya sebab mama suka buat jeruk dengan kulitnya sekali...sedap bila nak memakannya sebab ada rasa rangup...mula-mula hiris kecik-kecik / nipis-nipis letakkan dalam satu bekas besar...bila sudah siap semuanya bubuh sedikit garam dan gula pasir..

gaulkan kesemuanya sehingga rata selepas tu masukkan dalam satu bekas besar dan bolehlah disimpan dalam peti ais...biarkan 3-4 jam dan selepas itu jeruk sudah boleh dimakan..memang sedap kalau buat ulam atau makan dengan nasi pun sedap...makan macam tu saja sambil tengok tv pun sedap...pada kawan-kawan yang teringin nak mencubanya boleh la mencuba memang sedap bila jeruknya sudah menjadi...