SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pada hari minggu lepas mama mengikut anak mama ke Zoo Johor...memang dah lama sangat rasanya tak pergi ke zoo ni...anak-anak dah besar memang tak rajin la nak ke zoo ni...tapi dek kerana anak mama nak bawa Awisy pergi ke sana ada peluang la nak ikut masuk zoo sekali..tujuan anak mama nak ke zoo adalah nak bagi peluang Awisy tengok sendiri binatang-binatang tu...


Untuk masuk ke zoo ini dikenakan bayaran sebanyak rm2 bagi dewasa dan kanak-kanak berusia setahun ke atas dikenakan bayaran sebanyak rm1 saja...kami pergi ke sana berlima pada jam 10 pagi selepas menghantar anak mama yang bekerja di legoland tu dulu...kalau nak ke zoo ni memang kena la awal-awal pagi kalau dah tengahari memang berpeluhlah ketiak memandangkan cuaca sememangnya dah panas hari tu...


masuk-masuk jer dah ada budak pekerja zoo tu suruh kami sekeluarga bergambar kat gambar yang telah disediakan...juga telah diberikan tiket gambar itu sekali sama ada nak membeli gambar itu atau tidak bila keluar nanti...

 burung-burung yang ada di sana...

 unta pun ada... unta itu memang kelaparan agaknya tak boleh nak ambil gambar pun asyik betul makan rumput tu...





penat juga berjalan hari tu..dengan cuacanya yang panas memang buat rasa tak selesa nak melihat binatang-binatang yang ada...hanya sebahagian saja yang sempat kami lawati bila melihatkan keadaan Awisy yang dah penat berjalan dan berpeluh tu...kesian juga kat papa Awisy kena dukung Awisy sebab Awisy dah tak larat nak berjalan...